Kempen PRN guna media rasmi, KKMM akan bincang dengan kerajaan Sarawak

November 28, 2021 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata buat masa ini pihaknya sudah mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lepas dan sedang dalam proses post mortem, lapor Bernama.

“Sarawak unik dan berbeza dari Melaka, jadi kita akan rujuk kerajaan negeri, tengok apa yang sesuai apa patut, yang penting apa diperlukan untuk memberikan pendedahan kepada calon-calon (PRN Sarawak).

“Secara konsep boleh dilaksanakan, tapi saya perlu berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya selepas merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Selalang, di sini hari ini.

Sebelum ini Annuar berkata parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi PRN Melaka dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, dan kerajaan juga membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster serta biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis depan sebagai tarikh pengundian PRN Sarawak manakala hari penamaan pada 6 Dis.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok