Patuhi SOP, melancong dengan selamat

November 27, 2021 · Isu semasa

Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi kuarantin wajib dan pergerakan ke luar serta dalam negara menjadi pemangkin utama dalam merancakkan semula sektor pelancongan negara.

Dengan kebenaran itu, kawasan peranginan di seluruh negara kembali menjadi tumpuan orang ramai yang ‘sudah tidak sabar’ untuk bercuti selepas ia berkuat kuasa pada 18 Oktober lalu.

Namun, perkara itu menyebabkan penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran masyarakat yang terlalu ghairah sehingga lupa mematuhi SOP dengan bersesak-sesak di restoran dan kawasan tumpuan pelancong, seperti tersebar di media sosial baru-baru ini.

Justeru masyarakat sentiasa diingatkan dan dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan demi melindungi diri dan orang sekeliling daripada wabak Covid-19 sambil anda menikmati percutian kelak.

Antaranya, pastikan anda, khususnya golongan dewasa sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua. Jangan lupa untuk mengemukakan bukti penerimaan vaksin iaitu Kad atau Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 semasa merentasi daerah atau negeri dan ketika mendaftar masuk ke penginapan pilihan anda.

Selain itu, penggunaan aplikasi MySejahtera sangat penting bagi membantu kerajaan Malaysia untuk melakukan pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara. Pastikan anda sentiasa menggunakan aplikasi ini ketika memasuki atau keluar dari sesebuah premis. Hal ini akan memudahkan urusan pengesanan kes Covid-19 di sesebuah lokasi dan mempercepatkan pengambilan tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Tidak ketinggalan, orang ramai perlu mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di kawasan tumpuan ramai bagi menghindari penularan wabak Covid-19. Amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mahu orang ramai menjaga kebersihan diri untuk melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman.  Ini kerana kita cenderung untuk menyentuh pelbagai barang semasa berada di luar yang secara tidak langsung mungkin terdedah pada Covid-19.

Justeru, anda digalakkan untuk sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun atau pencuci tangan ‘hand sanitizer’ bagi membasmi kuman di tapak tangan.

Di samping itu, orang ramai perlu sentiasa memakai pelitup muka terutamanya apabila berada di tempat awam yang sesak. Pastikan anda memakai pelitup muka berganda untuk mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus khususnya daripada varian Delta yang cepat merebak melalui udara.

Gunakan pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup muka perubatan untuk menyaring lebih banyak partikel halus dan dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok