KKM terima 23,163 aduan kesan sampingan vaksin

November 23, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) setakat kelmarin sudah menerima 23,163 laporan kes kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) vaksin Covid-19 yang diberikan kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 535 laporan membabitkan kes serius termasuk kematian dalam kalangan penerima vaksin sepanjang tempoh itu.

“Tiada kes kematian dapat dikaitkan secara langsung dengan vaksin Covid-19 yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak 24 Februari lalu.

“Perkara ini disahkan melalui penilaian kasualti hasil bedah siasat kes kematian dalam kalangan penerima vaksin dalam tempoh sama.

“Semua kes yang dikategorikan sebagai serius termasuk kes kematian akan disiasat dengan menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan yang berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 51,842,386 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan kepada rakyat negara ini.

Aaron Ago menjelaskan laporan penyiasatan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) untuk penilaian kasualti atau hubung kait antara kesan sampingan dan vaksin.

Katanya, sepanjang tempoh yang sama sistem pelaporanAEFI dan Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati 93.3 peratus kes yang dialporkan membabitkan kes kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening dan keletihan.

“Daripada jumlah ini, hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius iaitu bersamaan 0.03 laporan bagi setiap 1,000 dos yang diberikan, dan mereka ini dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut beberapa hari,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok