Staf peranginan di Langkawi positif Covid-19, ditutup sementara

November 22, 2021 · Isu semasa

Sebuah tempat peranginan terkemuka di Langkawi ditutup sementara mulai hari ini berikutan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja di premis itu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata penutupan berkenaan atas inisiatif pihak tempat peranginan itu sendiri untuk mengekang penularan wabak tersebut sekali gus menjamin keselamatan pekerja serta pelancong.

Tanpa memberikan maklumat terperinci, beliau berkata hasil siasatan awal pihaknya mendapati kes itu merupakan penularan tempatan dalam kalangan pekerja tempat peranginan itu dan tidak melibatkan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

“Pengesanan awal kes ini didapati apabila pekerja resort itu sendiri membuat ujian kendiri saringan Covid-19 yang perlu dibuat setiap dua minggu, dan 17 kes positif telah disahkan pihak Jabatan Kesihatan negeri setakat ini,” katanya lapor Bernama.

Dr Othman berkata pihaknya sedang mengesan kontak rapat terhadap kes itu dan memohon mana-mana individu terlibat yang mengalami gejala seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas yang teruk segera membuat ujian saringan Covid-19 dan mendapatkan rawatan lanjut di kemudahan kesihatan berhampiran.

Sementara itu, Datai Langkawi dalam kenyataan hari ini memaklumkan tempat peranginan itu telah mengambil keputusan proaktif untuk menutup sementara premis berkenaan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari bermula hari ini.

Kenyataan itu menyebut pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta sebarang arahan selanjutnya telah dilaksanakan dengan segera termasuk permbersihan dan sanitasi oleh syarikat bertauliah di kuarters kakitangan serta keseluruhan tempat peranginan itu.

“Pengurusan resort juga secara bebas dan proaktif memulakan protokol ujian penuh untuk semua pasukan (kakitangan), sebagai sebahagian daripada programnya dengan langkah berjaga-jaga yang tinggi,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok