45 kematian, Sabah tertinggi

November 20, 2021 · Isu semasa

Seramai 45 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan keseluruhan kes kematian sejak wabak itu melanda negara awal tahun lalu sebanyak 29,937 kes.

Daripada jumlah itu tujuh pesakit meninggal dunia sebelum menerima rawatan perubatan atau dikategorikan sebagai ‘brought in death’, menjadikan keseluruhan kes BID sebanyak 6,052 kes.

Sabah merekodkan kes kematian tertinggi apabila seramai 15 pesakit meninggal dunia, termasuk enam daripadanya adalah kes BID, menjadikan keseluruhannya sebanyak 2,632 kes.

Sehingga semalam, Sabah merekodkan 8,297 kes aktif, dengan 6,632 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,018 ditempatkan di PKRC; 579 dimasukkan ke hospital; dan 68 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 22 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, negeri itu merekodkan 227,904 kes positif dengan 217,101 daripadanya telah sembuh.

Selangor pula merekodkan tujuh kematian semalam, diikuti Kedah (lima); masing-masing empat di Kedah dan Kelantan; Pulau Pinang (tiga); masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Pahang; dan masing-masing satu di Melaka, Perlis, dan Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor; Perak; Terengganu; Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, Selangor terus merekodkan peningkatan kes aktif, jumlah pesakit menjalani kuarantin di rumah, pesakit di ICU serta jangkitan harian, semalam, berbanding pada Khamis.

Dalam tempoh 24 jam semalam negeri itu merekodkan 17,404 kes aktif dengan 14,867 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,393 ditempatkan di PKRC; 1,051 dimasukkan ke hospital; dan 93 dirawat di ICU, termasuk 50 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor kini merekodkan 737,395 kes positif dengan 711,799 pesakit telah sembuh, dan 9,723 pesakit meninggal dunia.

Sementara itu, sehingga semalam 95.6 peratus atau 22,379,626 populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 97.8 peratus atau 22,906,258 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Pada masa sama, seramai 1,407,762 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Dalam tempoh sama juga seramai 2,584,612 atau 82.1 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun lengkap divaksinasi, manakala 87.4 atau 2,751,092 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, 76.4 peratus atau 24,964,238 individu telah lengkap divaksinasi, dan 78.5 peratus atau 25,657,350 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok