KDN tiada maklumat lokasi Jho Low bersembunyi: Hamzah

November 16, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low setakat hari ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Singapura dan Amerika Syarikat, yang turut memfailkan kes mahkamah terhadap ahli perniagaan itu, juga gagal mengesan lokasi beliau.

“Kementerian melalui Polis Diraja Malaysia komited untuk mengesan keberadaan Jho Low untuk dibawa balik bagi menghadapi siasatan.

“Dalam hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa selain Malaysia, Singapura juga telah memfailkan pertuduhan terhadap Jho Low pada 2016 dan telah memperoleh Notis Merah daripada Interpol (Polis Antarabangsa) pada tahun yang sama.

“Amerika Syarikat juga memfailkan pertuduhan di mahkamah di New York pada 2018 dan waran tangkap dikeluarkan ke atas Jho Low pada tahun yang sama,” katanya lapor Bernama semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah berkata sehingga kini, tiada sebarang maklumat diterima oleh Malaysia atau Singapura mahu pun Amerika Syarikat daripada mana-mana ahli Interpol yang dianggotai 194 negara berhubung keberadaan Jho Low.

Beliau berkata selain itu, kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 2019 dan 2020 bahawa Jho Low dipercayai bersembunyi di China serta dilindungi oleh Beijing telah dinafikan Kedutaan Besar China pada tahun lepas.

Pada 4 Dis 2018, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa beliau pulang.

Jho Low bukan sahaja dikehendaki oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes penyelewengan dana 1MDB tetapi juga merupakan saksi penting perbicaraan yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Saya tumpu pulihkan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul
June 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
22 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok