Saya tumpu pulihkan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul

June 16, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengulangi pendiriannya berkaitan usaha memulihkan ekonomi negara dan politik tanah air yang dikaitkan dengannya.

Memberitahu pemberita selepas pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara hari ini, beliau menjelaskan bahawa tumpuannya sekarang adalah untuk memulihkan ekonomi, bukan politik.

“Tumpuan saya kepada ekonomi, pemulihan ekonomi kita,” katanya mengulas cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadikan beliau sebagai ‘poster boy’ di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya menerima persetujuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Tan Sri Noh Omar.

Menurut Tengku Zafrul sesiapa sahaja boleh menyuarakan pandangan masing-masing dalam perkara itu.

“Semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka sendiri, maka saya akan menghormati pendapat setiap orang, termasuk Jamal,” kata Tengku Zafrul.

Sebelum ini, Jamal berkata Tengku Zafrul adalah antara nama pemimpin yang disebut-sebut untuk bertanding dan sudah turun padang beberapa kali menyantuni rakyat di Kuala Selangor.

“Jika kehadiran anak kelahiran Kuala Selangor itu boleh diterima baik Pengerusi UMNO Selangor (Tan Sri Noh Omar), apa salahnya beliau dijadikan ‘poster boy’ BN Selangor pada PRU-15 akan datang,” kata Jamal.

Kawasan Parlimen Sungai Besar kini diwakili Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Muslimin Yahaya daripada Bersatu/Perikatan Nasional (PN), manakala Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH).

Mengulas lanjut, Jamal yakin Tengku Zafrul yang mempunyai latar belakang korporat dan perbankan mampu membela kebajikan rakyat, tatkala UMNO kini memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkaliber dan diyakini serta mampu menawarkan perubahan luar biasa di Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan pemilihan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” Kementerian Kewangan dan kekerapan turun ke kawasan itu menjadi petanda bahawa Tengku Zafrul akan bertanding di kawasan itu pada PRU-15.

Berita berkaitan
Zafrul perlu tawan hati akar umbi jika mahu jadi calon: Mat Maslan
June 17, 2022· Politik
Sistem GST akan ditambah baik jika diperkenalkan semula: Zafrul
June 10, 2022· Isu semasa
Bekas KSN beri penjelasan dakwaan 1MDB dijadikan dana politik BN
June 8, 2022· Isu semasa
Hina Nabi Muhammad, Indonesia kecam dua ahli politik India
June 7, 2022· Dunia
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok