Kebangkitan UMNO perlu bermula dari Johor: Ismail Sabri

April 10, 2021 · Politik

Kebangkitan UMNO dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu bermula dari Johor kerana sejarah parti yang mula berakar di negeri tersebut, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata Johor adalah tempat ‘kelahiran’ parti keramat tersebut yang perlu bangkit daripada kekalahan lalu dan kembali menguasai kerajaan.

“Johor memang daripada dahulu menjadi benteng kekuatan UMNO. Seperti yang kita tahu, UMNO ditubuhkan di Johor, jadi UMNO Johor perlu bangkit kembali menguasai kerajaan.

“Walaupun sekarang memang UMNO menjadi kerajaan di Johor tetapi kali ini kita percaya UMNO akan menang lebih besar di Johor,” katanya selepas program Bangkit 15 peringkat negeri Johor hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Johor kini di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Menteri Besarnya Datuk Hasni Mohammad daripada UMNO mengetuai kerajaan negeri.

PN mempunyai 29 kerusi dengan Barisan Nasional sebanyak 16 kerusi, Bersatu 12 kerusi dan PAS satu kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dengan DAP 14, Amanah enam serta PKR tujuh.

Sementara itu, mengenai Bangkit 15, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata beberapa negeri telah selesai mengadakan pogram berkenaan yang merupakan persediaan jentera UMNO bagi menghadapi PRU15.

Menurutnya, Johor merupakan negeri terakhir sebelum menjelang Ramadan dan program sama akan diteruskan di Sabah, Kelantan, Pulau Pinang serta Terengganu selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok