Rasuah RM35 juta, bekas Exco Johor diarah bela diri

November 7, 2021 · Isu semasa

Seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi diarah Mahkamah Tinggi di Johor Bahru untuk membela dirinya bersabit 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM35 juta empat tahun lalu.

Keputusan tersebut diputuskan mahkamah hari ini yang menetapkan Abdul Latif, anaknya dan seorang perunding hartanah perlu membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan, diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shahruddin Wan Ladin dan pihak pembelaan, diketuai peguam Salehuddin Saidin, semasa prosiding rayuan yang berlangsung selama dua hari.

Pada 14 Jun 2017, Latif, 55, yang juga bekas pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan Johor; anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48, didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta.

Pada 21 April 2019, Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun memerintahkan Abd Latif yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Fauzan dan Amir dilepas dan dibebaskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, SPRM memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 21 April 2019, yang melepas dan membebaskan bekas Abd Latif yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta, lima tahun lalu.

Sebanyak 33 pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 28(1)(C) Akta SPRM 2009, dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok