Jawatan Ketua Menteri, syarat DAP kepada Anwar terima dua bekas ADUN UMNO?

November 6, 2021 · Politik

Walaupun DAP keberatan menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sebagai calon Pakatan Harapan (PH), namun mereka terpaksa menerimanya sebagai menghormati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, DAP meletak syarat kepada Anwar yang beria-ria menerima dua ADUN UMNO yang khianat tersebut dengan memberikan mereka jawatan Ketua Menteri (KM) jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti.

Difahamkan, syarat itu diletak sebagai timbal-balik bagi bersetuju dengan keputusan Anwar yang mahu mengambil dua bekas ADUN tersebut iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon PH.

Menurut sumber, sukar untuk menyakinkan DAP dengan keputusan Anwar yang berkeras mahu meletak dua bekas ADUN tersebut, namun apabila syarat yang diletak DAP tersebut diterima baharulah mereka bersetuju dengan kehendak Presiden PKR itu.

Nama calon KM yang disebut-sebut bakal dicadangkan DAP adalah calon muka baharu, Muhamad Danish Zainudin yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Danish satu-satunya calon DAP yang akan bertanding pada PRN Melaka ini, ia bagi menggantikan Datuk Norhizam Hasan Baktee yang sebelum ini bertanding atas tiket DAP sebelum mengumumkan keluar parti kemudiaannya.

Hanya seorang calon berbangsa Melayu diletak DAP dalam PRN Melaka kali ini.

Bagaimanapun, sumber turut memberitahu Anwar tidak bersetuju dengan syarat DAP tersebut memandangkan sudah membuat janji dengan Idris untuk mencalonkannya sebagai KM jika PH memenangi PRN kelak.

Janji bagi memberikan jawatan KM kepada Idris sudah dibuat Anwar dalam beberapa pertemuan sebelum ini dan pastinya beliau perlu menunaikan janjinya itu.

Semalam, Anwar mengesahkan PH akan menerima dua bekas ADUN UMNO tersebut bertanding dalam PRN walaupun mendapat tentangan daripada rakan parti dalam PH, DAP yang keberatan dengan langkah tersebut.

“Setakat saya faham, PKR pilih satu, Amanah pilih satu, walaupun akan dimuktamadkan lewat malam ini atau esok pagi sebelum umumkan calon.

“Saya mohon maaf ada berbeza pandangan dengan pihak yang selama ini konsisten menyokong kita,” katanya semasa sidang media dalam Facebooknya.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat ADUN, termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
30 MP UMNO, BN setuju sokong Anwar bentuk kerajaan bersama DAP
November 24, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok