Pemandu kereta sapu pencetus kluster baharu Covid-19 di Ranau

November 4, 2021 · Isu semasa

Seorang pemandu kereta sapu di Ranau menjadi kes indeks Kluster Tumbalang yang menyebabkan jangkitan 56 kes positif Covid-19 sehingga semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata lelaki berusia 37 tahun itu dikesan positif Covid-19 di Hospital Ranau pada 19 Oktober lalu dan kes-kes jangkitan kluster komuniti itu dikesan dalam lokaliti sama.

“Hari ini, dua penduduk Kampung Tumbalang turut dikesan positif melalui saringan kontak rapat di Klinik Timbua menjadikan keseluruhan 56 kes dikesan sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Memetik Bernama, beliau berkata Kluster Sawit Jati di Kinabatangan merupakan satu lagi kluster Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan 25 kes positif.

Katanya kes indeks kluster komuniti itu merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit dan disahkan positif pada 21 Okt di sebuah klinik swasta di Kinabatangan.

“Persampelan kontak mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif Covid-19. Siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan,” katanya.

Masidi berkata 675 kes positif Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 219,566 dan 436 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 208,572 orang manakala 1,848 pesakit masih dirawat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
1 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok