Pemuda PAS tolak parti cuba selamatkan ‘kluster’, individu

April 10, 2021 · Politik

Pemuda PAS tidak akan bersekongkol dengan mana-mana parti yang cuba menyelamatkan kelompok dan individu tertentu demi kepentingan peribadi.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Nazir Helmi berkata, penyatuan ummah yang dilaungkan parti itu mesti diterjemah dalam konteks yang luas dan berjiwa besar, bukan dengan tafsiran sempit ianya hanya milik individu atau kelompok tertentu.

“Penyatuan meliputi apa sahaja gabungan parti Melayu Islam dan rakyat Malaysia yang sedia menerima prinsip kedamaian seperti dianjur dalam Islam, berpegang teguh pada Rukun Negara, serta tidak ekstrem dalam menterjemah perpaduan di kalangan semua kaum, agama dan bangsa.

“Penyatuan juga adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara, dan bukan hanya bertujuan untuk menyelamatkan kelompok dan individu untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada masa sama beliau mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak memaksa PAS memilih antara gabungan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

“Dengan tegas kami nyatakan, memaksa PAS untuk memilih antara kedua gabungan ini hanyalah sekadar suara nakal dan tidak akan ada dalam kamus perjuangan PAS untuk memilih salah satu.

“PAS tegas berpendirian untuk menyatukan ummah, dan inilah pendirian yang didukung teguh oleh Pemuda PAS dan semua kepimpinan, ahli hatta penyokong PAS,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggesa PAS membuat pendirian yang jelas sama ada mahu bersama MN atau PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kalau UMNO menang 80 kerusi masa itu (PRU-15), kalau PAS baru nak cari UMNO pada masa itu, sudah terlewat.

“Jika mahu bersama UMNO, buat keputusan sekarang. PAS kena buat keputusan segera sama ada pilih MN atau PN,” kata Tajuddin.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok