Tujuh MP DAP dan PKR bantah larangan jual arak

November 2, 2021 · Isu semasa

Larangan terbaharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan melibatkan penjualan arak di Kuala Lumpur dibantah tujuh Ahli Parlimen (MP) DAP dan PKR.

Semua MP pembangkang itu menggesa supaya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim menarik balik larangan penjualan minuman keras di ibu kota, wakil pembangkang itu terdiri Tan Kok Wai (DAP-Cheras); Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang); Teresa Kok (DAP-Seputeh); Lim Lip Eng (DAP-Kepong); Hannah Yeoh (DAP-Segambut); Dr Tan Yee Kew (PKR-Wangsa Maju) dan Prabakaran Parameswaran (PKR-Batu).

Dalam kenyataan bersama itu, mereka bersama beberapa persatuan perniagaan minuman keras sudah mengadakan beberapa perjumpaan dengan Shahidan berkenaan isu berkenaan, namun mendakwa beliau tidak mengambil serius pendirian serta cadangan persatuan perniagaan terbabit.

“DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan perlu menghormati cara hidup dan budaya semua rakyat Malaysia, sama orang Islam atau orang bukan Islam,” kata kenyataan tersebut.

Semua MP pembangkang itu membantah larangan menjual minuman keras di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina.

Mereka mendakwa ia menyekat hak peniaga untuk berniaga, serta menjual barang-barang yang sah di segi undang-undang di samping menyusahkan pembeli di kalangan masyarakat bukan Islam di Kuala Lumpur.

“Kami menghormati agama Islam. Malah, kami tahu arak adalah haram untuk umat Islam. Tetapi, apa yang haram kepada orang Islam tidak boleh dipaksakan terhadap orang bukan Islam, terutamanya dalam hal makan minum.

“Hak ini merupakan hak setiap rakyat yang telah dipersetujui bersama oleh tokoh-tokoh kemerdekaan kita yang telah menjadi tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, larangan tambahan DBKL itu akan menjejaskan imej dan impian untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Kelas Dunia (World Class City), yang bakal meraikan jutaan warga dunia daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup,” kata kenyataan itu lagi,

Semalam, DBKL dalam kenyataan, memaklumkan penjualan bir di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di Kuala Lumpur, kini hanya dibenarkan sehingga 9 malam.

Katanya, perkara itu sebagai syarat baharu untuk permohonan Lesen Minuman Keras (LMK) dan pelanggan masih boleh membeli bir di premis tersebut yang hanya boleh dijual bermula jam 7 pagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok