Cukai Makmur dijangka tambah hasil kerajaan RM8.5 bilion

November 1, 2021 · Isu semasa

Malaysia boleh mendapatkan semula hasil tambahan sekurang-kurangnya RM8.5 bilion melalui langkah cukai korporat Cukai Makmur, menurut Rakuten Trade Sdn Bhd.

Menurut laporan Bernama, Ketua Penyelidikan Kenny Yee berkata daripada pengiraan Rakuten, sekurang-kurangnya 120 syarikat akan dikenakan cukai di bawah Cukai Makmur, yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022 pada Jumaat lepas.

“Saya fikir bagi konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), semua syarikat akan menerima impaknya.

“Pertama sekali, saya fikir (Cukai Makmur) perlu untuk membiayai beberapa inisiatif, memulihkan ekonomi dan membantu mereka yang terjejas oleh pandemik,” katanya dalam komentar Pasca Bajet 2022.

Di bawah Bajet 2022, kerajaan mencadangkan Cukai Makmur ke atas syarikat yang menjana pendapatan melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33 peratus manakala kadar cukai 24 peratus dikenakan untuk pendapatan bercukai kepada RM100 juta pertama bagi tahun taksiran 2022.

Yee berkata Cukai Makmur telah menjadi satu kejutan yang besar kepada industri.

Bagaimanapun, katanya impak terhadap pasaran saham pada separuh pertama tahun depan adalah agak neutral.

“Kami akan menyemak semula unjuran indeks kami untuk tahun ini, daripada 1,650 kepada sekitar 1,630. Bagi tahun depan, saya fikir indeks akan diniagakan pada paras 1,750,” katanya.

Sementara itu, Yee menjangka FBM KLCI akan berada dalam julat 1,530 hingga 1,580 minggu depan berikutan turun naik pasaran yang meningkat.

Mengenai nilai ambang untuk levi keuntungan luar biasa minyak sawit sebanyak 3 peratus di seluruh negara, katanya ia akan menjadi musim bumper untuk pekebun pada tahun ini.

“Saya telah membaca artikel itu hari ini. Saya rasa sebahagian pekebun tidak berpuas hati mengenainya manakala mereka yang berada di Semenanjung Malaysia bersikap neutral.

“Bagaimanapun, jika anda melihat kepada harga minyak sawit mentah, ia telah meningkat kepada paras tertinggi, hampir RM5,500 satu tan pada masa ini,” katanya.

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar levi keuntungan luar biasa untuk pekebun daripada 1.5 peratus kepada 3 peratus di bawah Bajet 2022.

Kerajaan turut mencadangkan untuk menaikkan nilai ambang untuk levi keuntungan luar biasa bagi Sabah dan Sarawak kepada RM3,500 daripada RM3,000 satu tan tahun depan — bersama-sama dengan kenaikan kepada RM3,000 daripada RM2,500 untuk syarikat kelapa sawit di Semenanjung Malaysia.

Berita berkaitan
Bajet 2023 Malaysia dijangka lebih mengutamakan rakyat: Bank Dunia
September 28, 2022· Isu semasa
Ekonomi negara meneruskan momentum pemulihan: Tengku Zafrul
May 14, 2022· Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2022 hasil MoU dengan pembangkang
December 14, 2021· Isu semasa
MP pembangkang tidak sertai MOU tidak dapat peruntukan sama rata
November 25, 2021· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok