Bajet 2023 Malaysia dijangka lebih mengutamakan rakyat: Bank Dunia

September 28, 2022 · Isu semasa

Bank Dunia menjangka Bajet 2023 Malaysia lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Apurva Sanghi, Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia berkata, belanjawan itu dijangka memperuntukkan lebih banyak sumber kepada pendidikan dan kesihatan selain situasi bermusim seperti banjir dan pilihan raya, lapor Bernama.

Selain itu ia juga dijangka memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan dan insentif untuk menyokong usaha pendigitalan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ada tiga prinsip (yang perlu dipatuhi kerajaan) – uruskan belanjawan dalam had dasar fiskal, selaraskannya kepada keutamaan strategik jangka sederhana dan tumpukan kepada pelaksanaan.

“Pelaksanaan perlu dirancang, dipantau dan diuruskan. Saya fikir inilah bahagian yang boleh ditambah baik sedikit oleh Malaysia dari segi umum,” katanya pada taklimat media secara maya bertajuk World Bank East Asia and Pacific Economic Update. hari ini.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion bagi Bajet 2022, iaitu sebanyak RM233.5 bilion bagi perbelanjaan operasi, RM75.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, RM23 bilion bagi Dana Covid-19 dan RM2 bilion bagi tabungan luar jangka.

Ia merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan tumpuan untuk memulihkan setiap segmen sosio-ekonomi di negara ini.

Sejumlah RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan – peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan – untuk meneruskan usaha membendung Covid-19 menerusi program vaksinasi dan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik.

Bagaimanapun, Sanghi berkata Bajet 2023 tidak sepatutnya terlalu mengembang berikutan tiga alasan – ekonomi sedang mencatatkan prestasi baik, ruang fiskal menguncup dan prospek global yang tidak menentu, terutamanya bagi tahun depan.

Menurutnya, dunia kemungkinan menuju ke arah kemelesetan tahun depan dan ditambah dengan risiko geopolitik, ini boleh menjejaskan eksport dan perdagangan Malaysia.

“Oleh itu, sebarang pengumuman ke arah rasionalisasi yang agresif dan khususnya rangka kerja subsidi bersasar sangat dialu-alukan dalam belanjawan ini .

“Kami menjangkakan Bajet 2023 adalah belanjawan yang mengembang tetapi barangkali tidak sebesar seperti tahun lepas kerana ekonomi pada masa itu berbeza daripada sekarang,” katanya.

Sanghi berkata terdapat keperluan bagi kerajaan untuk menjana hasil tetapi memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam suasana kenaikan inflasi mungkin bukan satu idea yang baik.

Bank Dunia percaya kerajaan akan membuat persediaan dan menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan inisiatif pembaharuan hasil utama seperti GST, katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 Ogos berkata Malaysia masih mempunyai beberapa ruang fiskal untuk menangani cabaran tekanan harga memandangkan nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berada pada 60 peratus.

Beliau berkata walaupun had siling hutang statutori telah dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK daripada 60 peratus sebelumnya, kerajaan berusaha keras untuk mengehadkan sasaran desfisit fiskal pada 60 peratus daripada KDNK.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
RM150 juta peruntukan baiki tandas awam, Bajet 2024 terbesar dalam sejarah
October 13, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
66 pelancong Malaysia positif varian Omicron di Indonesia
January 20, 2022
Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM
November 10, 2022
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok