Anwar dan Zahid berbohong, PDRM belum terima laporan

April 9, 2021 · Isu semasa

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggertak untuk membuat laporan polis berhubung klip audio tular sehingga hari ini masih belum mengambil sebarang tindakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan kedua-dua pemimpin politik itu berbohong kononnya pegawai mereka sudah diarahkan membuat laporan polis bagaimanapun sehingga hari ini tiada laporan yang diterima pihak berkuasa itu.

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi, laporan belum dibuat lagi. Kita tunggulah, kalau betul beliau (Ahmad Zahid dan Anwar) difitnah, demi kebaikan, buatlah laporan.

“Kita lihat daripada tempoh reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sampai satu tahap ia menimbulkan kebimbangan dan kegusaran semua, kita akan jalankan siasatan,” kata beliau hari ini.

Jelas Abdul Hamid, pihak berkuasa akan meneruskan siasatan kerana sudah menerima tujuh laporan polis berhubung klip audio tersebut namun ia bukan dibuat oleh kedua-dua pemimpin politik tersebut mahu pun pegawai mereka.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut termasuk menganalisis suara salah seorang daripada mereka hanya akan dibuat selepas kita buka kertas siasatan.

“Kita akan menilai bukti-bukti lain yang dijalankan,” jelasnya.

Baru-baru ini, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok