Kerajaan dijangka bentang Bajet lebih besar untuk pulih ekonomi

October 28, 2021 · Isu semasa

Bajet 2022 yang lebih besar peruntukan dijangka bakal dibentangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang dalam peralihan ke fasa endemik.

Kesan Covid-19 kepada negara masih dirasai walaupun proses vaksinasi sudah berjalan dengan baik, kini tumpuan pasti terarah kepada proses pemulihan dan langkah-langkah untuk membina semula perniagaan serta memangkin pembaharuan negara.

Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Bajet kali ini kerajaan akan memastikan bajet tersebut komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia”, dengan tiada individu atau perniagaan yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan, terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan pada 2021.

Selain itu, belanjawan esok akan turut memastikan kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dalam memacu pemulihan ekonomi.

Untuk rekod, Bajet 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional (PN) bernilai RM322.5 bilion (yang kemudian disemak semula kepada RM314.8 bilion) dan dijangka Bajet 2022 akan lebih besar.

Sektor kesihatan dilihat sebagai penerima manfaat terbesar walaupun hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada 61.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan paras hutang statutori sebanyak 56.8 peratus sehingga Jun 2021.

Menurut Ahli Ekonomi UOB Bank Julia Goh dan Loke Siew Ting, jumlah perbelanjaan kerajaan diunjurkan meningkat 2.9 peratus kepada RM338 bilion pada 2022, menjadikannya lebih besar daripada bajet sebelumnya.

Kerajaan juga dijangka terus membantu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik seperti pelancongan, peruncitan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Ini sebahagiannya akan diimbangi oleh anggaran kutipan hasil sebanyak RM230 bilion, menyebabkan kekurangan fiskal sebanyak RM107.3 bilion pada 2022. Jurang bajet bersamaan dengan 6.5 peratus daripada KDNK pada tahun depan, lebih kecil daripada anggaran tujuh peratus daripada KDNK pada tahun ini,” kata mereka dalam nota penyelidikan.

Langkah berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja turut dapat dilihat selain melindungi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.

“Mungkin pengumuman bajet kali ini akan memberi lebih banyak penjelasan mengenai bagaimana kerajaan merancang untuk mengurangkan jurang bajet, berdasarkan RMK12 telah menunjukkan kekurangan fiskal sebanyak 3.0 hingga 3.5 peratus daripada KDNK menjelang 2025, berbanding anggaran 2022 sebanyak 6.5 hingga 7.0 peratus,” kata Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.

Dari segi hasil cukai, walaupun terdapat permintaan supaya kerajaan mengkaji untuk melaksanakan cukai keuntungan luar biasa dan cukai keuntungan modal atau memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pakar menjangka tiada cukai baharu akan dilaksanakan dalam Bajet 2022 kerana persekitaran yang tidak menentu disebabkan COVID-19 di peringkat domestik dan global yang boleh menjejaskan kestabilan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, dalam Kenyataan Pra–Bajetnya, MoF menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hasil cukai melalui peningkatan pematuhan cukai.

Cadangan dalam kajian termasuklah pelaksanaan Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) untuk cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ia turut mencadangkan pengenalan sijil pematuhan cukai sebagai pra-syarat untuk penender yang mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan.

“Ketiga, pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan mengkaji semula pelaksanaan cukai yang dikenal pasti mempunyai elemen ketirisan hasil atau amalan berbahaya,” katanya.

Kajian semula yang menyeluruh terhadap rangka kerja insentif cukai turut dijalankan untuk memastikan insentif cukai yang ditawarkan kepada pelabur asing dan tempatan kekal relevan dengan landskap perniagaan semasa selain terus mengekalkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti.

Sementara itu, terdapat kemungkinan lebih banyak peruntukan untuk projek berkaitan infrastruktur.

“Senarai projek lebuh raya dan kereta api telah dinyatakan dalam RMK12, dan kami menjangka akan turut ditampilkan dalam Bajet 2022,” kata Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Abdul Mui’zz Morhalim kepada Bernama.

Antara projek itu ialah Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), Laluan Kereta Api Pantai Timur, Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Central Spine Road.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
54 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok