Pemilihan KJ jadi Naib Presiden WHA pengiktirafan buat barisan hadapan

October 27, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland, tahun depan.

Menurutnya pemilihan itu sekali gus menjadi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), serta petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19.

“Pemilihan YB Khairy secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke -72, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesungguhnya satu penghomatan besar kepada Malaysia dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya percaya pemilihan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada para petugas barisan hadapan kesihatan negara yang terus komited memikul dan melaksana tanggungjawab dalam melawan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Bekas Perdana Menteri itu berharap dengan pengiktirafan yang diberikan, Malaysia akan meneruskan kelantangan dalam memperjuangkan isu-isu seperti kesaksamaan akses vaksinasi untuk negara-negara membangun dan berani menyuarakan isu kesihatan awam dunia bukan sahaja untuk negara tetapi juga untuk kepentingan serantau.

“Selaku Naib Presiden, saya yakin Menteri Kesihatan, YB Khairy akan menggunakan peluang ini untuk memastikan Malaysia akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam program-program kesihatan dunia khususnya ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik.

“Syabas sekali lagi, keep up the good work dan semoga semua usaha kita bersama demi bangsa dan tanahair terus diberkati Allah swt, InsyaAllah!,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau, itu kembali menganggotai Kabinet setelah Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri ke lapan. Beliau diberi tanggungjawab menjaga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada Mac 2020.

Ketika pandemik Covid-19 bermula awal tahun lalu, Khairy diberi tanggungjawab sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sebelum bertukar kementerian setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri baharu pada Ogos lalu.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok