Usul ungkai ordinan darurat diluluskan Dewan Rakyat

October 25, 2021 · Isu semasa

Usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat diluluskan Dewan Rakyat hari ini, menurut laporan Bernama.

Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Selain itu, ia turut meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas 18 Ahli Dewan Rakyat.

Wan Junaidi ketika menggulung perbahasan usul itu berkata tanpa Proklamasi Darurat yang dilaksanakan dari Januari hingga Ogos lepas, kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan-tindakan perlu bagi menangani wabak Covid-19 yang ketika itu memasuki tahap kritikal.

“Kerajaan telah mengambil langkah yang difikirkan terbaik pada masa itu untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Kerajaan berpandangan sekiranya pemasyhuran Proklamasi Darurat tidak dibuat, keadaan dijangka menjadi lebih teruk…we cannot predict the situation (kami tidak boleh meramalkan keadaan),” katanya.

Sementara itu, menjawab celahan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengenai sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah boleh diadakan ekoran Pilihan Raya Negeri Melaka, Wan Junaidi berkata beliau membawa perkara itu ke Mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Pada 16 Dis tahun lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, sekali gus menangguhkan PRK dua kerusi berkenaan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
17 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok