Rayuan Rosmah gugur Sri Ram, batal kes rasuah didengar 15 November

October 25, 2021 · Isu semasa

Mahkamah akan mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan, 15 November ini.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah berkata tarikh pendengaran di Mahkamah Rayuan itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mohd Khair Haron semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

“Tarikh pendengaran itu ditetapkan setelah perayu (Rosmah) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu pada 24 September lalu,” katanya memetik laporan Bernama.

Prosiding hari ini disertai Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn dan Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah.

Pada 4 Oktober lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya sementara rayuan itu diputuskan.

Susulan keputusan tersebut, Rosmah, 69, telah memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi pada 5 Oktober dan akan bersambung pada 8 Disember.

Rosmah memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Mei untuk membatalkan keseluruhan perbicaraannya, dalam usaha untuk dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa utama.

Rosmah memfailkan permohonan itu selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuannya untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menyerahkan kepada pihak pembelaan.

Rayuan itu beliau kemukakan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya berhubung surat pelantikan Sri Ram, pada 19 Ogos tahun lepas.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
19 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
19 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Saman lucut hak RM16 juta milik keluarga Azeez didengar 3 Januari
October 8, 2021
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok