Najib yakin lima kerusi DUN kekal dalam tangan BN

October 24, 2021 · Politik

Walaupun masih belum muktamad sama ada akan bertanding solo atau tidak, namun Barisan Nasional (BN) nampaknya sangat yakin parti itu dapat mempertahankan sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keyakinan itu dizahirkan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak selepas melakukan tinjauan dan mendapati rakyat tempatan menunjukkan respon positif terhadap partinya itu.

Lima kerusi DUN tersebut adalah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu dan Taboh Naning.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, tinjauan dalam kalangan rakyat tempatan menunjukkan respon yang positif terhadap parti.

“Setakat apa yang saya dapat tinjau, amat positif. Boleh dikatakan kawasan Masjid Tanah ini merupakan kubu kuat kepada BN dan kelima-lima DUN dalam PRU (Pilihan Raya Umum Ke-14) dulu kita menang.

“Parlimen pun kita menang tapi Ahli Parlimen (Masjid Tanah) itu sudah melompat ke parti lain. Ini menunjukkan dalam keadaan tsunami politik pada ketika itu (PRU) kita masih menang semua DUN di sini.

“Insya-Allah dengan keadaan hari ini yang bertambah baik, (ada) tanda-tanda kita dapat pertahankan kelima kerusi DUN khususnya di kawasan Masjid Tanah ini,” katanya dalam laporan MalaysiaGazette. 

Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu meluangkan masa lebih setengah jam beramah mesra dan bersarapan bersama penduduk setempat di Abah Shan Station.

Ketika ditanya mengenai kempen secara atas talian, Najib menyifatkan mekanisme tersebut sebagai perkara baharu yang belum pernah dipraktikkan ketika kempen pilihan raya sebelum ini.

“Ini adalah perkara baharu bagi kita, belum pernah (lakukan). Kita kena buat adjustment pada pendekatan kita, saya percaya ahli parti boleh melakukan sedemikian dan ini adalah untuk menjaga keselamatan rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najib turut mengulas berkenaan gabungan Muafakat Nasional (MN) pada PRN Melaka kali ini yang dijangka akan diputuskan oleh parti dalam masa terdekat.

“Itu semua seperti Datuk Seri Rauf kata akan diputuskan dalam beberapa hari akan datang, saya ada pendapat peribadi saya tetapi biarlah parti putuskan perkara ini kerana kita mahu Melaka sebagai template bagi PRU akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok