Zahid beri Najib ketuai kempen PRN selepas RM114 juta dikembalikan

October 24, 2021 · Politik

Kekuatan kewangan Datuk Seri Najib Razak selepas wang sitaan RM114 juta dikembalikan antara faktor beliau dipilih Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mengetuai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berbanding Timbalan Presiden atau Naib Presiden yang juga Perdana Menteri (PM), Najib ketika ini memiliki sumber kewangan yang lebih kuat selepas mahkamah memulangkan semua RM114 juta kepadanya dan pasti memberi kelebihan kepada UMNO untuk menghadapi PRN kali ini.

Najib sudah menerima kembali wang berjumlah RM114 juta yang disita dari Pavilion Residences, milik Obyu Holdings Sdn. Bhd.

Perkara itu disahkan oleh peguam bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa wang itu telah dikeluarkan dan diterima oleh kedua-dua pihak dan difahamkan, kesemua aset itu diserahkan kepada Najib dan UMNO pada 17 Jun lalu.

Mengambil kira faktor kewangan yang banyak dan juga kembali menjadi dominan di Kerajaan Pusat, pastinya UMNO mempunyai kelebihan untuk menang besar pada PRN Melaka.

Apabila Zahid memberi kepercayaan kepada Najib dan bukan Datuk Seri Mohamad Hasan, timbul persoalan adakah Timbalan Presiden UMNO itu kini tidak boleh diharapkan lagi dapat membantu kemenangan parti pada PRN sehingga terpaksa memilih seorang pemimpin yang terpalit dengan puluhan kes rasuah di mahkamah.

Bagaimanapun, Zahid nampaknya lebih mempercayai rakan karibnya, Najib berbanding timbalannya sendiri. Berita berkaitan

Calon UMNO yang akan bertanding pada PRN kali ini pasti beruntung kerana Najib pastinya akan menghamburkan peruntukan besar bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan jika Najib memberikan setiap calon RM1 juta sekali pun semasa berkempen, ia masih tidak luak dan berbaki banyak lagi.

Selepas sekian lama, ini peluang terbaik buat pemimpin UMNO di Melaka yang tercalon untuk mengumpul kekayaan sekali lagi walaupun sebelum ini tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Jika kalah pun, sekurang-kurangnya wang yang diberikan Najib untuk berkempen boleh disimpan bagi kegunaan masa depan.

Kebiasaannya, tradisi dalam mana-mana PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU), calon UMNO tidak akan membelanjakan sepenuhnya wang yang diperuntukan sebaliknya menyimpan sebagai jaminan selepas pilihan raya, manalah tahu kalau kalah selepas itu tidak lagi mempunyai sumber kewangan lain.

Ia bukan rahsia lagi di kalangan calon UMNO yang bertanding, malah jentera parti juga banyak mengadu apabila tiada peruntukan yang turun kepada mereka sehingga ada yang terpaksa mengeluarkan wang sendiri.

Agenda Daily difahamkan ketika PRU14 lalu, sesetengah calon Parlimen daripada UMNO mendapat sehingga RM6 juta seorang untuk ‘dilabur’ dalam pilihan raya itu, manakala di peringkat DUN pula RM3 juta diberi kepada calon.

Pemberian peruntukan kepada calon UMNO ditambah pada PRU14 setelah parti itu melihat keadaan mereka semakin meruncing akibat tekanan daripada Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, dalam PRN Melaka yang bahangnya sudah terasa. Walaupun, kempen sepatutnya bermula 8 November hingga jam 11.59 malam pada 19 November, Najib sudah pun turun ke Melaka.

Tetapi kita percaya bukan Najib sahaja akan menabur wang dalam PRN Melaka, sebaliknya duit pasir juga akan berlegar di 28 kawasan DUN.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok