KKM ulas dakwaan Puad pelajar meninggal selepas divaksin

October 23, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJohor) telah melakukan bedah siasat ke atas jenazah seorang pelajar berusia 14 tahun yang didakwa meninggal dunia setelah lima hari menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata hasil keputusan lengkap bedah siasat itu dijangka diperoleh antara 24 Oktober hingga 28 Oktober ini setelah sampel tisu badan dihantar untuk ujian lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Pada 8 Oktober 2021, bedah siasat telah dijalankan ke atas Allahyarham. Pemeriksaan luaran ke atas jenazah berkeadaan baik. Pemeriksaan dalaman ke atas jenazah mendapati terdapat ketumbuhan di ovari dan anomali struktur jantung.

“Pelbagai ujian darah telah dihantar ke makmal dan masih menunggu keputusan. Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana keputusan uji kaji belum diterima.

“Laporan bedah siasat yang lengkap adalah perlu bagi mendapatkan sebab kematian Allahyarham. Bagaimanapun, jabatan ini mengambil perhatian di atas perkara yang telah tular,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi dalam Facebooknya semalam (22 Oktober 2021) mengenai Noor Hayati Nabila Abdullah yang didakwa meninggal setelah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Agenda Daily semalam melaporkan ekoran kenyataan Puad itu, kerajaan, terutama KKM diserang kumpulan antivaksin yang menunggu masa untuk berbuat demikian. Berita berkaitan

Mengulas lanjut, Dr Aman berkata Allahyarham dibawa oleh polis Batu Pahat ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada 8 Oktober lalu atas sebab kematian mengejut, sebelum bedah siasat dilakukan atas permohonan polis.

“Permohonan (bedah siasat) tersebut ke atas jenazah seorang remaja perempuan Melayu yang ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah oleh ibunya.

“Temu bual lanjut oleh pegawai perubatan Unit Perubatan Forensik HSNI mendapati Allahyarham tidak mempunyai sebarang jenis penyakit dan alahan,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenama Comirnaty Pfizer pada 3 Oktober 2021.

“Status kesihatan Allahyarham pasca vaksin dalam keadaan baik, tidak menghidap demam, selesema, lemah sendi atau susah bernafas dan boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok