Sebanyak 48,832,214 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan sejak 24 Februari lalu hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Daripada jumlah itu, 72.2 peratus atau 23,565,799 individu berusia 12 tahun ke atas telah melengkapkan suntikan sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.
Berdasarkan data dikemas kini dalam laman sesawang COVIDNOW tengah malam tadi, sebanyak 77.6 peratus atau 25,344,201 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Seramai 84,941 individu berusia 60 tahun ke atas serta mereka yang layak telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22.4 peratus lagi individu yang disasarkan dos pertama dan kedua belum divaksin.
Semalam sahaja, sebanyak 157,999 dos diberikan membabitkan 113,989 individu lengkap divaksinasi, 25,743 menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 18,267 penerima dos penggalak.
Sementara itu, 94.4 peratus atau 22,109,534 individu telah lengkap divaksinasi, dan 97.4 peratus atau 22,803,407 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Semalam sahaja seramai 24,940 individu dewasa melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, sementara 9,105 lagi menerima dos pertama.
Bagi program vaksinasi remaja pula, sejak 20 September hingga semalam, 46.3 peratus atau 1,456,265 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, dan 80.8 peratus atau 2,540,794 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Semalam sahaja sebanyak 105,687 dos diberikan kepada golongan itu, dengan 89,049 remaja melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, manakala 16,638 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.