Naratif beli hotel di Bali tak relevan: Peguam Zahid

October 21, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu satu daripada pertuduhan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) tidak menyatakan perjanjian jual beli sebuah hotel di Bali, Indonesia.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Zahid, berkata perkara itu sama sekali tidak relevan dengan pertuduhan tersebut, apabila pihak pendakwaan mendakwa sebahagian daripada dana RM17.9 juta itu disalahgunakan untuk urusan pembelian saham.

“Setakat pertuduhan berkenaan, tidak dinyatakan mengenai penjualan saham daripada Tan Sri Abdul Rashid Manaf (saksi pendakwaan ke-83), tidak disebut mengenai Ri-Yaz Assets (Ri-Yaz Assets Sdn Bhd), tidak dinyatakan mengenai Datuk Mohammad Shaheen Shah Mohd Sidek (saksi pendakwaan ke-84), tidak disebut mengenai pembelian hotel di Bali dan tidak disebutkan perjanjian jualan (saham).

“Yang Arif, semua keterangan yang dikemukakan oleh Tan Sri Rashid, Datuk Mohammad Shaheen Shah adalah tidak relevan dengan pertuduhan itu,” kata Hisyam lapor Bernama.

Hisyam berkata demikian dalam hujahan balasnya di akhir kes pendakwaan terhadap Zahid, yang menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.

“Naratif yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, bukti (yang dikemukakan pihak pendakwaan) adalah tidak relevan,” katanya.

Minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pengeluaran RM17.9 juta daripada dana YAB antara lain adalah untuk memudahkan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali.

Anak sulung Zahid, Datuk Nurulhidayah berminat untuk mengambil alih saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd dan mengusahakan hotel itu.

Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.

Bagi 12 tuduhan CBT, Zahid didakwa telah menggunakan dana tersebut untuk membuat pembayaran bil kad kredit peribadi, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, selain kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Affin Bank Jalan Bunus off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 22 Nov selepas Zahid kembali dari Munich, Jerman untuk rawatan perubatannya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok