Kerjasama dalam PRN Melaka, berani Zahid menjilat ludah sendiri?

October 21, 2021 · Politik

Selepas membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini sudah ditekan supaya menukar keputusan awalnya dan nadanya juga sudah berubah.

Presiden UMNO itu kini memberi jawapan masih belum ada keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan mana-mana gabungan, adakah Zahid akan menjilat ludahnya sendiri walhal pada awalnya sudah mengeluarkan pendirian untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Jika sebelum ini Zahid menyatakan keyakinan dan berlagaknya yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menang besar di Melaka, mengapa tiba-tiba berubah seakan-akan meminta pertolongan rakan dari parti lain?

Jika Zahid membuat keputusan untuk kembali mendapatkan bantuan daripada PN pada PRN Melaka kali ini, dimana beliau mahu letak air mukanya? Bukankah beliau sudah membuang PAS dan Bersatu apabila secara terbuka berkata ‘No way’ terhadap kerjasama dengan PAS dan Bersatu sebelum ini.

Mungkin selepas pertemuan dengan pemimpin Melaka baru-baru ini, Zahid nampaknya sudah dapat melihat realiti sebenar dan intonasinya juga sudah berubah semasa sidang media apabila dilihat terkumat-kamit menjawab soalan daripada wartawan.

Bagaimanapun, sumber Agenda Daily memberitahu Zahid seakan hilang kawalan semasa mesyuarat dengan jentera UMNO Melaka, malah terdapat kritikan keras dilontarkan terhadap beliau.

Namun, isyarat jelas yang diberikan semasa pertemuan tersebut adalah jika strategi UMNO bertanding secara solo gagal di Melaka, Zahid bakal ditunjukkan jalan keluar dan bakal berdepan sekali lagi tentangan dari dalam sehingga menyebabkan hilang jawatan sebagai pemimpin nombor satu parti itu.

Jentera UMNO di Melaka juga tidak sekuat seperti dahulu apabila perpecahan dalaman di Melaka sedikit sebanyak memberi kesan, pengaruh bekas Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Idris Haron masih kuat dan ia bakal memberi implikasi teruk kepada parti.

Selain itu, Zahid juga berdepan tekanan apabila gagal menamakan calon KM yang bakal dilantik jika UMNO berjaya memenangi PRN, namun nama Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh difahamkan menjadi pilihan utama UMNO.

Persediaan UMNO untuk menghadapi PRN Melaka juga dilihat tempang memandangkan krisis dalaman parti yang masih berlarutan, kem yang tidak sehaluan dengan Zahid seakan memboikot dan tidak ditolak bakal berlaku sabotaj pada PRN kali ini.

Perkara itu boleh dilihat semasa Zahid turun di Melaka baru-baru ini, nama-nama besar dalam UMNO yang kebiasaannya turun berkempen juga tidak kelihatan bersama Presiden, ia isyarat jelas Presiden UMNO itu sudah hilang kepercayaan.

Bagaimana seorang Presiden yang sudah tidak dipercayai boleh diharapkan membawa kemenangan kepada parti tersebut, bagaimanakah UMNO mahu berdepan PRN kali ini dengan keadaan tidak bersedia begini?

Kerajaan Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu selepas empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Susulan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rauf mengumumkan pembubaran DUN selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November dengan tempoh berkempen selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok