Isu vaksin dan kesannya kepada kanak-kanak, jangan ambil mudah

October 19, 2021 · Isu semasa

Gerakan anti vaksin bukanlah perkara yang baru. Sejak 1800,  sebahagian manusia telah menolak vaksinasi untuk penyakit cacar air yang diambil dari lepuhan kulit pesakit cacar. Antara sebab-sebab mereka menolak vaksin tersebut adalah kerana mempertikaikan kebersihan, keselamatan dan melanggar hukum agama. Malah pada sekitar tahun 1970an, vaksin untuk difteria, tetanus dan pertusis ditolak oleh sebahagian masyarakat kerana dilaporkan menyebabkan penyakit neurologi.

Di Malaysia, penyakit seperti batuk kokol, difteria dan tetanus telah lenyap sejak tahun 2000. Namun disebabkan gerakan anti vaksin, penyakit-penyakit ini muncul kembali dan membawa ancaman bukan sahaja kepada kanak-kanak di negara kita malah golongan dewasa yang berisiko.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO) telah menyatakan bahawa anti vaksin membawa ancaman pada dunia kerana keputusan ahli-ahli anti vaksin ini bukan dipegang oleh diri sendiri sahaja tetapi juga disebarkan kepada masyarakat dan orang di sekeliling mereka. Justeru, sebagai ibu bapa anda perlu tahu kepentingan vaksin kepada anak-anak dan tidak boleh mengambil mudah dengan mengabaikannya.

Imunisasi ialah daya tahan jangkitan terhadap bakteria atau virus tertentu manakala vaksin ialah nama bahan atau ubat yang terdiri daripada virus yang sudah mati atau sudah dilemahkan atau sebahagian daripada bakteria mahupun toksin daripada bakteria tersebut yang sudah dilemahkan. Tujuan diberikan vaksin ialah supaya sistem imun atau daya tahan atau daya lawan jangkitan akan membina antibodi terhadap jangkitan kuman tersebut.

Menurut Pakar Pediatrik, Pantai Hospital Laguna Merbok, Dr. Senthil Kumaran, vaksin yang disyorkan kepada kanak-kanak buat masa ini bagi kerajaan Malaysia kita sudah mendapat vaksin untuk penyakit seperti pneumococcal, tuberkulosis, hepatitis B, difteria, pertussis, tetanus, polio, haemophilus influenzae type B, measles (campak), mumps (beguk), rubella dan human papillomavirus HPV, ini untuk bayi baru lahir sehinggalah berumur 18 bulan dan ketika di peringkat sekolah bermula tujuh hingga15 tahun. Ini adalah vaksin yang wajib diberikan kepada kanak-kanak dan disediakan kerajaan secara percuma.

“Vaksin lain secara tambahan lebih bagus kalau diambil dan diberi perlindungan kepada kanak-kanak antaranya vaksin jenis influenza, chicken pox, hepatitis A, meningococcal dan rotavirus. Ini antara inisiatif ibu bapa untuk mengambil perlindungan tambahan di klinik ataupun hospital swasta.

“Bayi mempunyai daya tahan terhadap jangkitan yang lemah berbanding orang dewasa jadi golongan bayi berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang serius sekiranya mendapat jangkitan kuman.

“Golongan bayi memerlukan bantuan untuk meningkatkan imunisasi mereka, jadi kita beri bantuan melalui pemberian vaksin. Sebab itu ketika bayi dilahirkan, mereka diberikan dua jenis suntikan untuk menguatkan imunisasi,” katanya.

Tambah beliau,  badan kita secara semula jadi mempunyai sel-sel yang dikenali sebagai sel imun untuk melawan penyakit dan kuman, tetapi  ianya tidak terbentuk secara spesifik terhadap  kuman-kuman tertentu.

Sel-sel imun semula jadi ini berguna untuk melawan kuman-kuman yang biasa ditemui di persekitaran kita, tetapi tidak mempunyai kekuatan yang cukup  untuk melawan jangkitan kuman yang berbahaya, contonya kuman polio, difteria dan sebagainya. Untuk melawan kuman-kuman yang merbahaya ini, kita memerlukan sel imun atau antibodi yang spesifik.

“Untuk mendapatkan sel imun yang spesifik bagi kuman tertentu secara semulajadi, pertama kita perlu harus dijangkiti kuman tersebut terlebih dahulu dan mejalani proses penyembuhan. Tetapi proses ini membawa risiko komplikasi serius atau kematian, terutama pada golongan kanak-kanak.

“Pemberian vaksin dapat menimbulkan imuniti yang setara dengan proses jangkitan dan penyembuhan, tanpa perlu mengambil risiko yang ditimbulkan oleh penyakit tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Senthil menasihatkan, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan atau berasa takut dan ragu-ragu, boleh mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan yang diiktiraf dan bukannya melalui sumber tidak sahih mahu pun laman sosial dan sebagainya.

“Vaksin telah digunakan lebih 80 tahun di seluruh dunia dan terbukti keberkesanannya. Saya juga nasihatkan ibu bapa yang terlepas jadual suntikan imunisasi dan ingin mendapatkan semula perlindungan untuk anak-anak, boleh tampil segera ke mana-mana klinik atau pusat kesihatan sewajarnya,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok