Kesesakan lalu lintas cetus serangan jantung?

October 17, 2021 · Isu semasa

Berita tentang kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia.

Selepas sekian lama sempadan negeri ditutup kini kita berpeluang untuk meneruskan aktiviti seperti menziarahi ibu bapa di kampung atau bercuti di negeri-negeri lain.

Pun begitu, sudah pasti kita akan berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.  Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.

Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.

Cuba bayangkan kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul. Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.

Kesesakan lalu lintas mengakibatkan kepekatan karbon monoksida meningkat di udara dan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen. Stres atau tekanan perasaan juga menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat. Pemandu pula hilang kawalan emosi hingga tercetusnya perasaan marah dan ‘mengamuk’.
Satu kajian baru-baru ini menunjukkan kesesakan lalu lintas mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung.

Penyelidikan yang melibatkan 1,500 kes serangan jantung itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jerman dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian itu, mereka yang berdepan dengan kesesakan trafik tidak kira sama ada pemandu, penumpang, penunggang motosikal atau pengguna pengangkutan awam akan mengalami risiko serangan jantung tiga kali ganda lebih daripada keadaan biasa.

Kebanyakan kes yang diteliti menunjukkan tempoh satu jam pertama kesesakan trafik sudah cukup untuk meningkatkan risiko itu.

Kajian oleh Institut Epidemologi Helmholtz dan Sekolah Kesihatan Awam Universiti Havard itu juga mendapati suku daripada kes yang dipantau melibatkan wanita berusia sekitar 60-an.

Pemandu kereta yang terperangkap dalam kesesakan merupakan kelompok utama yang terdedah kepada serangan jantung.

Dalam konteks ini, Pakar Kardiologi Pusat Pakar Perubatan KPJ Tawakkal, Dr. Zul Hilmi Yaakob  memberitahu, keadaan stres sama ada akut atau kronik meningkatkan risiko penyakit jantung. Pada seseorang yang menghidapi penyakit jantung, stres akut boleh mencetuskan serangan jantung (infarksi miokardium).

Stres yang berlarutan atau kronik akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia merangsang penyakit tekanan darah, dinding saluran darah menebal, merangsang mendapan lemak dan sel darah beku pada dinding saluran darah.

Selain itu, hormon adrenalin yang meningkat menyebabkan kadar degupan jantung turut bertambah, dinding jantung menebal serta merangsang peningkatan insulin yang boleh menebalkan dinding saluran darah.
Tidak ketinggalan peningkatan hormon CRP dan homosistein semasa stres turut menyumbang kepada risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

“Apabila seseorang stres, ia boleh memberi kesan kepada saluran darah dan meningkatkan aras gula dalam badan. Keadaan ini merupakan risiko kepada serangan jantung hingga boleh menyebabkan kematian mengejut dan kemalangan jalan raya.

Secara amnya, kita melihat ramai yang stres akibat kesesakan lalu lintas. Pendek kata, kita harungi kehidupan moden ini bersama stres, kebimbangan dan kekecewaan yang mana adunannya cukup menekan, menjadi sebahagian daripada rutin seharian.

Bagaimanapun, tekanan luar biasa yang berpanjangan mempunyai kesan-kesan psikologi negatif dan menjejaskan fungsi jantung , sistem penghadaman dan rangka otot.

Justeru itu, setiap orang perlu bijak mengawal perasaan setiap kali berhadapan dengan keadaan yang boleh menyebabkan stres. ‘‘Ia bukan sahaja berpunca daripada keadaan jalan raya, malah masalah kewangan, tempat kerja, keluarga dan sebagainya boleh menyumbang stres,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok