Pembukaan sempadan negara diteliti bagi pelawat asing lengkap vaksin

October 15, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedang mempertimbangkan membuka sempadan negara secara selamat, dengan membenarkan pelawat asing dari negara tertentu yang telah lengkap divaksin untuk memasuki negara ini tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, berikutan perkembangan positif indikator Covid-19.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata langkah tersebut mengambilkira beberapa syarat utama terutamanya melalui program pengiktirafan bersama sijil vaksin seperti yang sudah dilaksanakan di beberapa negara lain.

Jelasnya perkara itu antara yang dimaklumkan dalam mesyuarat MPN yang berlangsung hari ini.

β€œIni satu perkembangan positif dalam proses pembukaan sempadan negara yang saya pasti akan merancakkan semula kegiatan ekonomi terutamanya sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa, peruncitan dan lain-lain, di samping mempermudahkan urusan pelawat perniagaan dan pelawat sosial,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau telah diberi taklimat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan berpuas hati dengan perkembangan dicapai, khususnya dari segi penurunan kes positif harian, penggunaan katil wad unit rawatan rapi bagi merawat pesakit Covid-19 dan kadar vaksinasi populasi dewasa yang tinggi pada masa ini.

Mantan Perdana Menteri itu juga berkata pembukaan sempadan negara akan membolehkan rakyat Malaysia ke luar negara tanpa peraturan yang menyulitkan, manakala pelawat sosial dan pelancong asing boleh datang ke negara ini dengan mematuhi syarat ditetapkan.

Ditanya bila perkara berkenaan akan dapat dimuktamadkan, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan bahawa perkara itu akan dibincang dan dipertimbang dalam mesyuarat kerajaan hari ini.

β€œ…kerana pembukaan sempadan antarabangsa ini sudah dipertimbang lama dan dikira sudah sampai masa selepas rentas daerah dan rentas negeri dibenarkan,” katanya.

Mesyuarat MPN yang berlangsung hampir tiga jam itu turut menyaksikan penglibatan wakil parti pembangkang iaitu Ahli Parlimen (MP) Subang Wong Chen (PKR), MP Stampin Chong Chieng Jen (DAP), MP Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah) dan Tan Sri Bernard Dompok mewakili UPKO.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
3,343 kes baharu libatkan penerima dos penggalak, 10 kematian
July 22, 2022
Pentingnya pengurusan kewangan orang muda
July 11, 2023
Jenayah seksual bukan bahan gurauan, perlu tindakan tegas
October 2, 2021
Petronas umum penemuan minyak di Suriname
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok