Cikgu Zahid ajar cara jaga tulang belakang agar kuat

October 13, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai cikgu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkongsi dalam satu hantaran Facebook dipercayai ditujukan kepada anak muridnya cara senaman terbaik untuk menjaga tulang belakang.

Zahid yang mengalami sakit belakang baharu mendapat semula pasportnya untuk mendapatkan rawatan di Jerman, negara sama Anwar menerima rawatan sakit belakangnya sebelum ini.

Plank mampu meningkatkan kekuatan otot abdomen dan menstabilkan tulang belakang. Ia mampu memberi kesan kepada keseimbangan badan iaitu tidak mudah jatuh ketika berjalan ataupun cedera ketika bersenam.

Menurut American Council on Exercise, seseorang yang melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia juga memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.

Ketua Pembangkang itu berkongsi satu gambar sedang melakukan senaman yang dikenali sebagai ‘plank’, ia satu kaedah senaman jika diamalkan dapat menguatkan tulang belakang manusia.

Zahid sebelum ini juga dirawat di hospital susulan sakit tulang belakang yang dialaminya sehingga perbicaraan kes mahkamah dihadapinya beberapa kali ditangguhkan. Kali ini ia nampak serius sehingga terpaksa mencari rawatan di luar negara untuk menyembuhkan kesakitan tersebut.

Malah, Anwar turut seakan menyindir Zahid dalam status di Facebooknya dengan berkata, “Planking with the neighbours after Pandora Papers”.

Untuk rekod, nama anak murid Anwar itu juga terpalit dengan pendedahan Kertas Pandora itu sebelum ini yang mengaitkannya dengan akaun luar pesisir, bagaimanapun dinafikan oleh Zahid.

Anwar beria-ia membangkitkan isu berkaitan pendedahan Kertas Pandora itu di Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok