103 kematian semalam, 26 kes di Sarawak

October 13, 2021 · Isu semasa

Seramai 103 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, meningkat berbanding 93 kes yang dilaporkan pada Isnin, menjadikan keseluruhannya 27,525 kematian dilaporkan sejak wabak itu melanda negara awal tahun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kemas kini laman sesawang COVIDNOW memaklumkan jumlah itu termasuk 26 individu yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhannya 5,556 kes BID.

Sarawak merekodkan jumlah kematian tertinggi semalam apabila mencatatkan 26 kes berbanding 14 pada Isnin, sekali gus menjadikannya negeri ke lapan dengan jumlah kematian empat angka iaitu sebanyak 1,025 kes.

Jumlah kematian di Johor turut meningkat daripada lapan kes pada Isnin kepada 15 kes semalam, diikuti masing-masing 13 kes di Sabah (enam kes kelmarin) dan Selangor (empat kes kelmarin); Kelantan (11 kes semalam, lima kelmarin); dan Perak (sembilan kes semalam, empat kelmarin).

Pulau Pinang merekodkan tujuh kes kematian semalam; Kedah (enam kes); dan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.

Tujuh lagi negeri yang merekodkan jumlah kematian empat angka ialah Selangor sebanyak 9,494 kes diikuti Johor (3,455 kes); Kuala Lumpur (2,522); Sabah (2,363); Kedah (1,912); Pulau Pinang (1,494); dan Negeri Sembilan (1,207).

Secara keseluruhan, jumlah kematian pesakit Covid-19 yang tidak divaksinasi merangkumi 69.0 peratus, belum lengkap divaksinasi (21.7 peratus), dan 9.3 peratus lagi kematian melibatkan individu lengkap divaksinasi.

Dari segi kumpulan umur pula, 53.8 peratus kematian membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas, 18 hingga 59 tahun (45.8 peratus), 12 hingga 17 tahun (0.2 peratus), dan 0 ke 11 tahun (0.2 peratus).

Setakat ini, sebanyak 56.9 peratus kematian membabitkan lelaki dan 43.1 peratus adalah wanita, manakala 86.8 peratus pula melibatkan warganegara dan 13.2 peratus adalah rakyat asing.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan jumlah kes aktif di seluruh negara sehingga semalam turun kepada 108,997 kes berbanding 112,379 yang dilaporkan pada Isnin.

Daripada jumlah itu, 85,282 individu menjalani kuarantin di rumah, 15,387 di PKRC, 7,505 pesakit dirawat di hospital dan 722 dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 386 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sarawak mencatat jumlah kes aktif tertinggi iaitu sebanyak 19,372 kes, diikuti Selangor 15,424 kes; Johor (12,950); Sabah (10,666); Kelantan (10,550); Pahang (7,165); Pulau Pinang (6,259); dan Terengganu (6,054).

Perak pula merekodkan 5,784 kes aktif; Kedah (4,504); Melaka (3,600); Kuala Lumpur (3,281); Negeri Sembilan (1,968); Perlis (924); Putrajaya (469); dan Labuan (27 kes).

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok