Apa bos nak, bos dapat, BOT tak diberi peluang bersuara: Pendakwaan

October 11, 2021 · Isu semasa

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan pemegang amanah dalam Yayasan Akalbudi mempunyai kuasa dan kawalan penuh dalam badan tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, menurut Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, tidak cukup dengan itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga membuat segala keputusan dan menentukan `siapa yang kekal, siapa yang pergi’ dari Yayasan itu.

Jelasnya, penguasaan dan kawalan Ahmad Zahid dalam Yayasan Akalbudi apabila beliau dilantik pengarah bersama-sama Mohd. Samsuri Tun (saksi pendakwaan keempat – SP4) dan Profesor Dr. Zulkifli Senteri (saksi pendakwaan ketujuh – SP7) berkuat kuasa 18 Mac 1997. Ahli Parlimen (MP) Bagan Datuk itu juga merupakan antara pemegang amanah pertama badan itu.

“Dari segi pengurusan kewangan yayasan, tertuduh dan dua lagi individu itu merupakan penandatangan rasmi yayasan. Ini menunjukkan bahawa Yayasan telah mengamanahkan aset kepada mereka,”kata Raja Rozela.

Bagaimanapun, pada 4 April 2012, Mohd. Samsuri telah mengemukakan surat letak jawatan selepas mendapat notis kebankrapan dan kebetulannya, Zulkifli juga telah meletakkan jawatan pada hari sama.

“Menurut keterangan Zulkifli, beliau telah diminta untuk untuk meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan diberikan. SP7 menyatakan pemandu tertuduh telah datang ke rumahnya atas arahan Ahmad Zahid dengan surat perletakan jawatan yang telah disediakan lebih awal untuk ditandatanganinya.

“Muhammad Nabil Saleh yang merupakan bekas setiausaha bahagian Bagan Datuk dan pegawai khas Ahmad Zahid dan ADUN Kawasan Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi kemudian dilantik oleh tertuduh untuk menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BOT) namun telah dibiarkan dalam kesamaran berhubung operasi yayasan.

“Walaupun menjadi pemegang amanah, namun tertuduh adalah bos dan masih bos mereka. Jadi adalah tidak keterlaluan apabila dikatakan, apa bos hendak, bos akan dapat,”ujar Raja Rozela.

Tambahnya, barisan pembelaan dalam soal jawab bertanya kenapa tidak mengemukakan sebarang bantahan mengenai pengeluaran cek atau pembinaan masjid dan sebagainya, Raja Rozela menghujahkan, tiada mesyuarat BOT diadakan bagi membolehkan sebarang bantahan atau pandangan dibuat.

“Macam mana hendak bantah jika tiada mesyuarat? Tiada pemegang amanah diberi peluang untuk bersuara,” kata pendakwa raya itu.

Timbalan Pendakwa Raya itu menghujahkan demikian di akhir kes pendakwaan Ahmad Zahid, 69, yang dituduh atas 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya bagi menjalani rawatan bagi sakit belakang dan leher yang dialaminya bermula 26 Oktober ini sebelum mengembalikannya pada 21 November 2021.

Bagaimanapun, mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu Ahmad Zahid perlu mencari seorang penjamin tambahan yang akan berada di negara ini sepanjang beliau mendapatkan rawatan di Jerman.

Peguam, Hamidi Mohd. Noh memaklumkan rakan Ahmad Zahid, yang juga seorang ahli perniagaan telah bersetuju untuk menjadi penjamin tambahan tersebut.

Pendengaran hujah bersambung esok.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
4 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok