Polis serbu rumah pelakon, pengarah terlibat dadah

October 11, 2021 · Isu semasa

Seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun antara tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah menerusi serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata turut ditahan adalah seorang pengarah drama dan filem serta seorang penolongnya, masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

“Ketiga-tiga mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dengan dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar yang bertindak atas maklumat pada 7.15 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Omar Bakhtiar berkata pemeriksaan di tiga bilik di rumah tersebut menemukan dadah jenis ganja dan syabu dianggarkan bernilai RM270.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah manakala seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya ketiga-tiga lelaki itu direman dua hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok