Rentas negeri bonus kepada Langkawi: MB Kedah

October 10, 2021 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kebenaran merentas negeri yang diumumkan kerajaan hari ini, ibarat bonus kepada penggiat industri pelancongan di pulau itu.

Beliau menjangkakan mulai esok jumlah kemasukan harian pelancong ke pulau peranginan itu akan meningkat mendadak susulan pengumuman itu.

“Pengumuman rentas negeri mulai esok macam bonus kerana ia telah memudahkan proses kedatangan pelancong ke pulau ini,” katanya di Langkawi hari ini.

Jangkitan Covid-19 di seluruh pulau peranginan itu hari ini turun mendadak kepada 17 kes berbanding 33 kes yang dilaporkan semalam.

Angka itu menjadikan keseluruhan jangkitan sejak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu kepada 5,718 kes, dengan 5,136 daripada pesakit telah sembuh.

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi), dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi hanya Mukim Kuah yang mencatatkan peningkatan kes daripada empat kes semalam kepada enam kes hari ini.

Sehingga hari ini Langkawi merekodkan 478 kes aktif dengan Kuah mencatatkan sebanyak 119 kes, diikuti Bohor (100); Padang Matsirat (74); Ulu Melaka (71); Ayer Hangat (61); dan Kedawang (53).

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata sepanjang dua minggu pertama bulan ini, secara purata 3,842 pelancong masuk ke pulau ini sehari, berbanding bulan lalu 2,583 orang, iaitu peningkatan kira-kira 1,300 pengunjung sehari.

Katanya seramai 73,571 pelancong mengunjungi pulau ini sejak dibuka menerusi gelembung pelancongan domestik Langkawi mulai 16 September lalu.

“Pencapaian ini amat membanggakan dan dijangka kira-kira 700,000 pelancong mengunjung pulau ini sehingga akhir tahun ini, sekali gus melepasi sasaran awal seramai 400,000 orang.

“Dengan pengumuman aktiviti merentas negeri dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya yakin lebih ramai pelancong akan datang ke Langkawi dan tempahan hotel dijangka penuh,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
11 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok