Tular gambar Anwar berkomplot dengan 4 ADUN Melaka, ada anak murid baharu?

October 7, 2021 · Politik

Sekeping gambar sedang tular dalam media sosial melibatkan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi punca krisis politik di Melaka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gambar tersebut kelihatan empat ADUN Melaka termasuk bekas Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Idris Haron sedang berbincang dengan Anwar menimbulkan spekulasi terdapat anak murid baharu sedang menuntut ilmu selain Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang juga berpakat dengan cikgunya itu.

Seramai enam orang didapati berada dalam pertemuan tersebut yang tidak diketahui lokasinya.

Sebelum ini, Zahid juga didedahkan terlibat dalam satu pakatan dengan Anwar menerusi satu klip audio tular perbualan kedua-dua mereka pada April lalu, ia berhubung satu komplot menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Zahid juga menarik sokongan bersama 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO lain terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos lalu sehingga menyaksikan peletakan jawatannya dan digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Anwar walaupun berpakat dengan Zahid pada awalnya tetapi ditipu apabila anak muridnya itu tidak dapat menarik sokongan daripada UMNO untuk menyokongc cikgunya itu.

Menurut sumber, pertemuan itu diadakan baru-baru ini selepas semua ADUN tersebut bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka pimpinan KM Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Agenda Daily cuba menghubung Anwar untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung gambar tular tersebut bagaimanapun gagal.

Untuk rekod, semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan pihaknya sebelum ini mengadakan rundingan dengan DAP Melaka sebelum jatuh kerajaan negeri atas arahan seorang pemimpin atasan parti yang tidak didedahkan namanya.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya dalam wawancara secara maya sebuah portal.

Isnin lalu, Idris yang juga ADUN Sungai Udang bersama tiga lagi ADUN mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Tiga ADUN lain tersebut adalah Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Dr Siti Mastura tak gentar berdepan ‘warlord’ UMNO di Kepala Batas
November 8, 2022
Kerana kebodohan Anwar dan fanatiknya, pembangkang terlepas peluang
August 21, 2021
Saksi pertahan kenyataan bayar Guan Eng, ‘saya tidak diajar tukar cerita’
July 21, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok