Penghinaan perkauman terhadap Kisona tak boleh diterima: Halimah

October 5, 2021 · Isu semasa

Komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara S.Kisona baru-baru ini tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kata Datuk Halimah Sadique.

Menteri Perpaduan Negara itu berkata ini memandangkan sukan telah lama jadi menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia selama ini.

“Nasihat saya kepada semua pihak terutama pengguna media sosial jangan bangkitkan api kemarahan, elak guna kata-kata yang menghiris hati dan perasaan kaum lain demi kita jaga perpaduan dan keharmonian keluarga besar kita Keluarga Malaysia,” katanya lapor Bernama di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta pandangan menteri berhubung isu itu, memandangkan atlet berkenaan merupakan penduduk di kawasan Rasah yang menurut Cha telah berkorban banyak demi mengharumkan nama negara dan wajar dihargai.

Komen berbaur perkauman itu sebelum ini dilemparkan terhadap Kisona selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas di tangan pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.

Berhubung soalan Cha mengenai tindakan untuk memastikan kualiti dan profesional guru Tabika ditingkatkan, Halimah berkata pihaknya kini antara lain memastikan semua guru Tabika Perpaduan mempunyai kelayakan minimum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK).

Jelasnya sehingga 1 Okt lepas, seramai 1,574 orang atau 88 peratus daripada 1,781 Guru Tabika Perpaduan memiliki DPAKK daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Open University Malaysia (OUM).

“Untuk memastikan baki 207 orang guru Tabika Perpaduan ini mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan yang setara dengan DPAKK, Kementerian Perpaduan Negara bekerjasama dengan UPSI bagi menyediakan kursus yang setara dengan DPAKK iaitu Program Persijilan Kompetensi Guru Tabika Perpaduan (PPKG),” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu lapor polis terhadap ADUN PKR walaupun sudah minta maaf
July 16, 2023· Politik
ADUN PKR juga perlu disiasat, jangan ambil tindakan berat sebelah
July 15, 2023· Politik
ADUN PKR minta maaf terhadap PSM selepas keluar kata perkauman
July 15, 2023· Politik
PH banyak main isu 3R tapi yang kena kenapa pemimpin PN sahaja? soal Wan Saiful
July 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok