ADUN PKR minta maaf terhadap PSM selepas keluar kata perkauman

July 15, 2023 · Politik

Wakil rakyat PKR, Mohd Najwan Halimi memohon maaf selepas didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu meminta maaf selepas tular tangkap layar komen kumpulan WhatsApp PKR dibuat yang didakwa menghina PSM dengan mengaitkannya dengan kaum India.

Menerusi tangkap layar itu, pemimpin PKR itu menulis ‘parti India estet’ sebagai reaksi balas terhadap laporan berita pengumuman PSM yang mencalonkan aktivis sosial, M Sivaranjani untuk DUN Meru.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas tulisan tersebut dan ia adalah tanggapan dangkal saya terhadap PSM yang selama ini saya kenali sebagai sebuah parti politik yang paling ke hadapan dalam menjuarai isu-isu masyarakat India khususnya yang tinggal dan bekerja di estet.

“Kedangkalan ini saya akui adalah dari kelemahan dan kekurangan saya yang tidak mengenali PSM secara dekat dan mendalam.

“Namun demikian, perlu saya tegaskan bahawa saya bukanlah seorang yang bersifat perkauman dan memiliki prejudis terhadap mana-mana kaum termasuk kaum India. Sebagai pemimpin, saya sentiasa menjaga kebajikan serta mengambil pendekatan dengan bersikap adil dan mesra terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengenal kaum dan agama,” kata Mohd Najwan menerusi ciapan di Twitternya .

Mohd Najwan berkata, beliau turut menghubungi Setiausaha Agung PSM, A Sivarajan untuk memohon maaf kepada pimpinan parti itu serta ahlinya yang tersinggung.

Beliau berkata, mungkin ada yang salah faham terhadap kenyataan yang dibuatnya sambil berjanji akan berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini.

“Justeru, saya sekali memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dan akan lebih berhati-hati dalam sebarang kenyataan yang dikeluarkan di masa akan datang.

“Saya juga berharap isu ini dapat dinoktahkan secara baik dan memberi jaminan ia tidak akan berulang lagi di masa akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok