AirAsia X rugi RM24.63 bilion

September 27, 2021 · Isu semasa

AirAsia X Bhd, mengumumkan syarikat penerbangan itu mencatat kerugian bersih RM24.63 bilion bagi suku tahun mulai 1 April hingga 30 Jun 2021 berikutan peruntukan jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang.

Syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia yang sedang dalam proses penstrukturan semula hutangnya memperuntukkan RM23.7 bilion, jumlah yang perlu dibayar kepada pemiutang iaitu hutang tertunggak di bawah terma kontrak.

“Perlu ditekankan adalah liabiliti kontraktual yang mana peruntukan yang dibuat akan diketepikan sebaik cadangan penyusunan semula hutang yang dicadangkan berjaya,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

AirAsia X sedang menstruktur semula hutang berjumlah RM63.5 bilion kepada pemiutang tidak bercagar menjadi perakuan hutang oleh syarikat penerbangan itu dengan jumlah pokok sehingga RM200 juta.

Syarikat itu telah menerima tempoh lanjutan sehingga Mac tahun depan bagi menahan perintah 15 pemiutangnya terhadap penyusunan semula dan bagi mengadakan perbincangan, dengan perintah itu perlu dilaporkan semula kepada Mahkamah Tinggi berkaitan kemajuannya pada pertengahan Disember ini.

“Syarikat terus mencatatkan kemajuan dalam perbincangan dengan pemiutang dan berharap untuk mengadakan perbincangan menjelang akhir bulan depan,” katanya.

Tanpa peruntukan kepada pemiutang, AirAsia X meraih kerugian sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (LBITDA) berjumlah RM58.16 juta, manakala pendapatannya pula berjumlah RM72.26 juta.

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah walaupun OPR kekal, kaunter rugi mengatasi untung
July 7, 2023· Isu semasa
Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS pagi ini
June 22, 2023· Isu semasa
Pita perekat dalam pesawat AirAsia bukan isu keselamatan
February 22, 2023· Dunia
Penjawat awam wanita panik rugi RM429,000 diperdaya Macau Scam
August 26, 2022· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok