Penjawat awam wanita panik rugi RM429,000 diperdaya Macau Scam

August 26, 2022 · Isu semasa

Gara-gara panik dan takut selepas dituduh terlibat dalam kes pengubahan wang haram, seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM429,000 akibat diperdaya oleh sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Arau, Perlis, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata wanita berusia 50 tahun itu menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari pejabat Pos Malaysia Berhad.

“Mangsa diberitahu bahawa terdapat satu bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu sekeping kad pengenalan dan lima keping kad juruwang automatik (ATM) yang didaftarkan atas nama mangsa untuk dihantar ke Sabah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mohsin berkata mangsa yang menafikan hal berkenaan bagaimanapun diarahkan suspek untuk membuat laporan polis menerusi panggilan telefon yang disambung ke Balai Polis Sabah.

“Selepas panggilan tersebut disambungkan, mangsa terkejut apabila diberitahu bahawa nama dan nombor kad pengenalannya terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram dan mangsa diminta untuk membuat beberapa kali transaksi bayaran bagi menyelesaikan kes itu,” katanya.

Beliau berkata wanita itu yang takut kerana diugut akan ditangkap dan didakwa di mahkamah atas kesalahan kononnya dilakukan mangsa, telah percaya dengan dakwaan terbabit dan membuat 10 kali transaksi bayaran berjumlah RM429,000 ke beberapa akaun yang diberikan.

Ahmad Mohsin berkata polis menerima laporan daripada mangsa pada Rabu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhat-hati dan jangan mudah panik serta percaya apabila menerima panggilan sedemikian. – Bernama

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
21 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
48 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
6 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok