Pita perekat dalam pesawat AirAsia bukan isu keselamatan

February 22, 2023 · Dunia

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, semalam (Selasa, 21 Februrai 2023) memaklumkan bahawa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan perekat menutup tempat letak tangan penumpang adalah “pembaikan kosmetik” dan pita itu adalah “langkah sementara”.

Kenyataan syarikat penerbangan itu dibuat selepas pengguna Facebook Edward Yong berkongsi gambar pada Isnin, menunjukkan beberapa tempat duduk di dalam penerbangan AirAsia X miliknya yang dipasang pita kuning di atas tempat letak tangan penumpang.

“Saya berasa sangat (malu). Orang asing pasti berfikir mereka akan pergi ke sebuah negara yang sangat mundur,” tulis Yong.

Dalam satu gambar, pita itu boleh dilihat pada beberapa baris tempat duduk di dalam pesawat.

Penerbangan, D7379, dalam perjalanan dari Taipei ke Kuala Lumpur, menurut Yong.

“Hanya kelas perniagaan tidak terjejas,” ulasnya pada satu foto.

Menjawab pertanyaan agensi media CNA Singapura, ketua jurutera di AirAsia X berkata pita vinil kuning itu digunakan di tengah-tengah kekurangan alat ganti yang menjejaskan operasi syarikat penerbangan itu dan perkara itu “bukan isu keselamatan”.

“Pita vinil khusus, yang biasa digunakan untuk pembaikan kabin, digunakan sebagai langkah sementara untuk mengelakkan gangguan penerbangan, dan keutamaan membawa penumpang kami dengan selamat dan tepat pada masanya ke destinasi mereka,” kata Alvin Tan.

“Tempahan alat ganti yang dibuat pada Ogos 2022 telah tiba minggu lepas, dan kerja pembaikan sedang berjalan secara berperingkat untuk membaiki semua penutup tempat letak tangan.”

Berita berkaitan
UMNO terus jadi penumpang di Selangor, kata Noh
June 23, 2023· Politik
Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan
April 21, 2023· Isu semasa
Jazlan bengang selepas pemimpin DAP kata UMNO hanya ‘menumpang’
April 15, 2023· Politik
Ziarah gereja: Rakyat miskin akan diupah cetus kekacauan, kata Anwar
March 17, 2023· Isu semasa
Popular
Sri Lanka berdepan muflis, mungkir bayar hutang: Agensi penarafan
April 14, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Negara Islam kecam India atas kenyataan hina Nabi Muhammad
June 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok