Ziarah gereja: Rakyat miskin akan diupah cetus kekacauan, kata Anwar

March 17, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak yang kehilangan kuasa pentadbiran menggunakan isu program ‘Jom Ziarah’ rumah ibadat bukan Islam, bertujuan meniup sentimen kaum dan agama.

Pengerusi PH – gabungan yang turut dianggotai DAP – berkata beliau telah mengarahkan pasukan keselamatan supaya berwaspada kerana pihak yang rasa tercabar akan menggunakan sentimen ini.

Beliau memberi amaran pihak berkuasa akan mengambil tindakan keras dan tegas sekiranya tindakan itu melampau sehingga menggugat ketenteraman awam.

“Saya sudah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk waspada kerana orang yang ‘desperate’ (terdesak) dan rasa tercabar akan menggunakan sentimen ini dan rakyat yang miskin akan diupah untuk menimbulkan apa-apa kekecauan.

“Jadi saya ingin tegaskan dan Kabinet bersama dalam hal ini, supaya keamanan dan perdamaian semua kaum dipertahankan dan tidak akan bertolak ansur sedikit pun terhadap mana-mana usaha yang menggugat keselamatan negara,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini (17 Mac 2023).

Kontroversi program anjuran Impact Malaysia, agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di mana menterinya adalah Ahli Parlimen DAP Segambut, Hannah Yeoh, tercetus setelah agensi itu memuat naik iklan berbahasa Melayu yang mengajak penganut agama bukan Kristian melawat gereja.

Agenda Daily pada 13 Mac lalu, melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia, menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.

Isu berkenaan menjadi kontroversi setelah Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, turut mendedahkankan di media sosialnya baru-baru ini.

Semalam, Che’gu Bard membuat laporan balas polis terhadap Hannah setelah Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal, membuat laporan terhadap beliau.

Antara lain dalam laporan polis itu, Badrul Hisham memetik buku tulisan Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang mencertiakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai penganut Kristian.

“Di mana buku tersebut sendiri penuh dengan tulisan mempromosi agama Kristian. Dalam buku tersebut juga tertulis penglibatan dia di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen.

“Tanpa berselindung dalam buku itu menulis bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

“Tidak tertinggal seruan dia (Hannah) kepada ahli-ahli felo Kristian seberang laut, khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” kata Badrul Hisham

Terdahulu hari ini, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata MAIS melihat program ini mempunyai elemen untuk menarik perhatian belia “terutamanya belia Islam” untuk belajar dan menimba ilmu tentang agama selain Islam.

Sehubungan itu, katanya program di mana orang Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja, dan gurdwara untuk mempelajari agama-agama ini selain daripada agama sendiri, harus ditolak dan disekat.

Ziarah gereja: Che’gu Bard buat laporan polis terhadap Menteri DAP

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok