Jazlan bengang selepas pemimpin DAP kata UMNO hanya ‘menumpang’

April 15, 2023 · Politik

Datuk Nur Jazlan Mohamed seakan bengang dengan pemimpin DAP yang mendakwa UMNO sekadar hanya ‘menumpang’ dalam kerjasama kerajaan campuran.

Jazlan yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tidak bersetuju dengan label ‘menumpang’ yang diberikan kepada UMNO dalam kerajaan campuran dan menafikan parti itu sebagai tamak jawatan.

“Tetapi, bila kita diam, DAP pula yang keluarkan ke­nyataan sebegini,” kata Jazlan.

Kenyataan Jazlan itu dipercayai merujuk kenyataan Na­ib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari berhubung peranan UMNO menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas memandangkan peranan tersebut kini dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Menurut Aziz, berdasarkan rekod Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu pada peringkat awalnya undi PN dijangka meleset namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah kata Aziz lagi, UMNO dilihat hanya menum­pang kekuatan Pakatan Harapan (PH) kerana kelangsungan parti itu semakin pudar.

Dalam pada itu, Jazlan berkata DAP sepatutnya perlu menghargai usaha UMNO dalam membolehkan kerajaan perpaduan dibentuk.

“Untuk keadaan sekarang pun, kita susah nak tarik so­kongan Melayu kembali kepada UMNO disebabkan DAP sendiri, kerana ramai orang Melayu yang tidak percayakan parti itu.

“Strategi DAP meletakkan orang Melayu sebagai pemim­pin parti itu tidak lagi berjaya, jadi mereka perlu juga hargai UMNO,” kata Jazlan lagi.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok