Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS pagi ini

June 22, 2023 · Isu semasa

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan komen daripada Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kemungkinan kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS).

Jam 9 pagi, unit tempatan berada pada paras 4.6435/6470 berbanding dolar AS daripada 4.6430/6470 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Pengerusi Rizab Persekutuan AS Fed Jerome Powell terus bertegas dalam ucapannya kepada Kongres AS bahawa memerangi inflasi akan terus menjadi keutamaan, sekali gus membayangkan dua lagi kenaikan kadar tahun ini.

“Kenyataan Powell memusnahkan harapan bagi meningkatkan ekonomi yang menyaksikan penurunan harga ekuiti dan hasil bon yang lebih tinggi.

“Ini akan menguntungkan dolar AS kerana perbezaan kadar faedah memihak kepada aset AS,” katanya, lapor Bernama.

Tambahnya, tahap rintangan semerta untuk USD/MYR ialah pada pada 4.7495 manakala tahap sokongan pada 4.6257.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9284/9328 daripada 5.8975/9026 pada penutupan semalam, merosot berbanding yen Jepun pada 3.2728/2755 daripada 3.2716/2746 dan lemah berbanding euro menjadi 5.1018/1057 daripada 5.0678/0722 sebelumnya.

Begitu juga berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan lemah.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3361/3523 daripada penutupan semalam 13.3194/3381 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4635/4666 berbanding 3.4546/4578 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.34/8.35 pada Rabu tetapi tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 310.4/301.9

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok