Kit Siang ponteng sidang Parlimen puji Khairy lagi

September 27, 2021 · Isu semasa

Mungkin kerana terlalu rasa bersalah selepas ponteng sesi Parlimen minggu lalu, Lim Kit Siang hari ini sekali lagi memuji Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas negara merekodkan penurunan kes Covid-19 semalam.

Ahli Parlimen (MP) Iskandar Puteri itu minggu lepas dikritik kerana ponteng sesi Dewan Rakyat semasa Khairy sedang membuat penggulungan tetapi begitu sibuk mengeluarkan hantaran dalam Facebook bertanya banyak perkara berhubung Covid-19.

“Tahniah sekali lagi kepada Khairy untuk 13,104 kes Covid-19 yang direkodkan semalam, harapnya angka kes jangkitan akan terus menurun ke bawah paras 10,000 bermula 1 Okt dan menurun ke paras empat angka menjelang pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Okt.

“Semasa saya mengucapkan tahniah kepada Khairy pada Jumaat minggu lalu, selepas Malaysia buat pertama kali mencatatkan angka kes harian baharu Covid-19 di bawah paras 14,000 dalam tempoh dua bulan pada Khamis lalu, saya turut menegaskan bahawa Menteri Kesihatan itu perlu bekerja lebih keras untuk menurunkan angka kes jangkitan ke bawah paras 4,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Kit Siang meminta penjelasan lanjut kepada Khairy sama ada rekod penurunan tersebut menunjukkan penularan virus membunuh itu semakin reda.

“Namun, masih terdapat ketidakpastian sama ada penularan wabak ini semakin reda kerana kita mencatatkan 13,754 kes jangkitan pada Khamis lalu dan disusuli dengan peningkatan sebanyak 14,554 kes pada Jumaat dan menurun kepada 13,899 kes pada Sabtu,” katanya lagi.

Untuk rekod, Kit Siang terdahulu mengkritik Khairy berhubung isu kematian Covid-19 tetapi tidak nampak batang hidung dalam Dewan Rakyat pada 23 September lalu, namun Khairy tetap menjawab persoalan yang dibangkitkan beliau.

Semakan dalam siaran langsung semasa sesi pagi Parlimen hari ini, bayang batang hidung tidak kelihatan tetapi terdapat beberapa MP pembangkang lain dalam Dewan Rakyat yang bangkit bertanya soalan kepada Khairy semasa sesi penggulungan tersebut.

Kit Siang juga tidak nampak bangun di kerusinya untuk bertanyakan soalan kepada Khairy.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok