Pengeluaran KWSP berisiko beri kesan kepada masa depan pencarum

September 25, 2021 · Isu semasa

Masa depan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berisiko akan menerima kesan sekiranya mereka mengeluarkan lagi simpanan, ia memandangkan sebanyak 46 peratus ahli berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000.

Peratusan tersebut melibatkan 5.8 juta ahli, menurut data dana pencen tersebut setakat 31 Ogos lalu.

Bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas, KWSP sebelum ini melancarkan kemudahan i-Sinar dan i-Citra untuk meringankan beban kewangan mereka dan sejumlah RM67.6 bilion sudah dikeluarkan di bawah kemudahan tersebut.

Mengikut pecahan, ia mewakili i-Citra sebanyak RM9.1 bilion daripada jumlah diluluskan berjumlah RM20.8 bilion membabitkan 5 juta pemohon, dan i-Sinar jumlah amaun dibayar sebanyak RM58.5 bilion daripada jumlah diluluskan RM58.8 bilion dengan jumlah pemohon 6.6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kesan pandemik mengakibatkan pencarum juga berdepan masalah simpanan persaraan yang tidak mencukupi dan pengeluaran menerusi kemudahan tersebut walaupun banyak membantu membantu tetapi ia bersifat sementara.

“Selain itu, manfaat pekerja dan liputan perlindungan sosial mereka juga bakal terjejas.

“Kesannya bukan sahaja terhadap kesejahteraan masa depan pekerja, malahan akan membebankan pihak kerajaan,” katanya dipetik laporan portal Utusan Malaysia.

Jelasnya, pandemik mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas iaitu RM240,000 pada usia 55 tahun, daripada 35 peratus kepada 27 peratus.

Bagi menangani isu jumlah wang persaraan yang semakin mengecil, KWSP mengambil strategi di masa hadapan dengan memastikan pekerja gig serta mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal untuk diserap ke dalam Skim KWSP agar mereka juga berpeluang menabung seawal mungkin dan merancang persaraan.

Tambah Amir Hamzah, penyelesaian jangka masa panjang amat diperlukan bagi memastikan perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

“Ketika kita sedang pulih daripada krisis, fokus KWSP adalah untuk membantu ahli membina semula simpanan persaraan mereka agar mereka memperoleh persaraan yang bermaruah.

“Kami akan tetap fokus kepada Alokasi Aset Strategik kami dan sentiasa peka terhadap perkembangan profil risiko pasaran agar penambahbaikan dapat dilakukan. Di samping itu, matlamat asas KWSP untuk menjana pulangan dan melindungi kesejahteraan masa depan ahli juga dapat dipenuhi,” ujar beliau.

Untuk rekod, dana pencen terbesar negara itu mempunyai kira-kira 15 juta ahli dengan hampir separuh daripadanya adalah ahli aktif. Setakat 31 Ogos lalu, jumlah ahli KWSP di bawah umur 55 tahun seramai 12.63 juta.

KWSP mempunyai aset pelaburan berjumlah RM989.14 bilion setakat akhir Jun lalu, dengan 37 peratus adalah pelaburan di luar negara.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
13 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok