Selangor benar 100 hingga 1,000 jemaah solat Jumaat, lima waktu

September 22, 2021 · Isu semasa

Jumlah jemaah untuk solat lima waktu dan solat Jumaat di Selangor ditambah antara 100 hingga 1,000 individu bergantung kepada keluasan musolla, surau atau masjid, berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam surat edaran dalaman juga membenarkan program mengimarahkan masjid dan surau, termasuk kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, halaqah tadarus dan tadabbur al-Quran, kuliah muslimat, bacaan Yasin dan tahlil serta program munajat dan doa.

Bagaimanapun, jamuan selepas majlis dan penyediaan secara hidang tetap tidak dibenarkan.

JAIS memaklumkan ketetapan baharu itu turut mengambil kira penurunan kes semasa Covid-19 yang terus konsisten dan terkawal, peningkatan peratusan vaksinasi lengkap dan kesedaran masyarakata terhadap kawalan kendiri.

JAIS berkata dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini seramai 1,000 jemaah dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, manakala 500 jemaah bagi masjid lain.

Bagi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan masjid institusi pula, masing-masing 500 jemaah bagi solat Jumaat, manakala 300 jemaah bagi solat lima waktu.

Bagi masjid kariah dan surau pula antara 100 hingga 350 jemaah termasuk pentadbir masjid dibenar untuk solat Jumaat, manakala 200 jemaah bagi solat lima waktu.

Surau kariah dan musolla pula masing-masing 100 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu.

Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak perlu diberi penekanan dengan jemaah hanya dalam kalangan ahli kariah yang tinggal bermastautin dalam kawasan dan perlu lengkap dua dos vaksin Covid-19 serta melepasi tempoh inkubasi ditetapkan.

Masjid dan surau juga dibenar menerima jemaah bermusafir atau pemandu e-hailing dan penghantar makanan. Jemaah bukan warganegara yang dikenali dan melazimi hadir ke masjid/surau boleh dipertimbangkan.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Polis kata Fahmi tak buat salah, JAIS masih siasat
August 3, 2023· Isu semasa
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok