7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan

September 25, 2021 · Isu semasa

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam usaha meningkatkan keupayaan diri melawan virus Covid-19 adalah meningkatkan daya imunisasi badan.

Bayangkan ada orang yang mudah sangat jatuh sakit. Terkena hujan sikit boleh demam, cuaca sejuk boleh sebabkan batuk dan mudah diserang selesema.

Ada pula orang yang susah jatuh sakit. Orang lain dah beberapa kali ke klinik, diberi cuti sakit tetapi dia steady je. Semua ini adalah disebabkan sistem imunisasi tubuh. Iya, jika sistem pertahanan badan kita kuat, penyakit pun susah nak lekat.

Ada banyak cara boleh dilakukan untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Selain kekal aktif, kita boleh mulakan dengan mengamalkan herba dan rempah ratus ke dalam makanan. Herba dan rempah ratus ini yang telah digunakan oleh nenek moyang berzaman lamanya dan dipercayai mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan sihat yang berkhasiat menjadikan sistem imunisasi lebih kebal.

1.Bayam

Bayam kaya dengan nutrisi seperti vitamin dan kandungan mineral yang baik untuk ketahanan badan dan pertumbuhan sel. Kandungan vitaminnya terdiri daripada A, C, B Kompleks, K dan E. Manakala kandungan mineral pula adalah magnesium, zat besi, asam folat, kalsium, potasium dan sodium. Bayam juga mengandung banyak serat dan antioksidan.

2. Yogurt

Yogurt adalah makanan yang tinggi probiotik, bakteria baik yang membantu melancarkan pencernaan. Yogurt memiliki kandungan vitamin B kompleks, magnesium, kalium, fosfor, zat besi, selenium dan zink. Kandungan vitamin B12 pada yogurt juga bermanfaat untuk membantu sistem saraf berfungsi dengan baik dan melindungi daripada penyakit jantung.

3. Kacang almond

Berasal dari Timur Tengah, kacang almond merupakan sejenis kacang yang paling popular di dunia. Ia biasanya boleh terus dimakan atau diolah menjadi pelbagai sajian. Kacang almond diakui kaya dengan protein, vitamin E, vitamin B2, magnesium dan juga fiber yang menjadi benteng pertahanan badan.

4. Buah limau

Limau atau citrus merupakan sumber anti oksida, vitamin dan nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan badan manusia.  Khasiat utamanya termasuk vitamin C, serat, folat dan kalium. Selain itu, limau juga berupaya menjaga kesihatan badan dan mempengaruhi emosi seseorang menjadi lebih baik.

5. Brokoli

Brokoli kaya dengan vitamin C. Kandungan ini dapat meningkatkan daya tahan tubuh untuk menghindarkan kita dari pelbagai penyakit. Walaupun tidak mempunyai rasa yang dominan, brokoli boleh dimasak dengan cara rebusan, kukus atau diolah menjadi masakan dan dimasukkan di dalam sup. Brokoli juga dikenali sebagai sayuran sihat yang kaya manfaat. Brokoli memiliki pelbagai kandungan nutrisi.

6. Bawang putih

Bukan sahaja menambah rasa dalam masakan, bawang putih diketahui umum mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Salah satu daripadanya adalah untuk menguatkan sistem imunisasi badan, membaiki perjalanan darah, menurunkan tekanan darah dan menjauhkan penyakit jantung.

7. Halia

Khasiat utama pengambilan halia terletak pada kesan anti oksida, mengelakkan keradangan dan memberi perlindungan maksimum pada kekebalan tubuh. Halia juga mempunyai vitamin C dan magnesium yang baik untuk ketahanan badan melawan penyakit.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
OPR naik lagi, MP kerajaan tuntut Anwar, Rafizi beri penjelasan
May 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok