Hakim soal mengapa RM6 juta disalur kepada yayasan Zahid jika sumbangan politik

September 20, 2021 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini menyoal peguam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengapa RM6 juta disalurkan kepada Yayasan Akalbudi sekiranya ia adalah sumbangan politik.

Soalan itu ditanya ketika peguam Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Presiden UMNO itu berhujah mengenai dua keping cek berjumlah RM6 juta yang disalurkan kepada Yayasan Akalbudi seperti tertera dalam pertuduhan ke-14 dan ke-15 membabitkan rasuah.

Bagaimanapun, Hamidi memaklumkan bahawa wang yang disalurkan kepada yayasan milik Zahid adalah sumbangan politik serta derma amal dan bukan rasuah untuk mendapatkan projek.

Memetik Bernama, beliau berkata, saksi pendakwaan ke-32 iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datasonic Group Berhad Datuk Abu Hanifah Noordin, yang menyumbangkan wang RM6 juta itu, berpendapat ‘sumbangan politik’ dan ‘derma amal’ adalah sama.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-34 iaitu bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad, Chew Ben Ben berkata pada April 2017, beliau telah menyerahkan cek terbabit kepada Zahid di kediaman rasmi beliau dan memaklumkan mahkamah bahawa wang itu adalah ‘sumbangan politik kepada Barisan Nasional.’

Pada prosiding hari ini, Hamidi berkata kedua-dua cek dibayar kepada akaun pelanggan firma guaman Tetuan Lewis & Co sebagai pemegang amanah kepada YAB.

Beliau juga berhujah bahawa Chew, yang disifatkan sebagai satu-satunya saksi penting bagi pertuduhan ke-14 dan ke-15, telah memaklumkan mahkamah kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid adalah satu ‘fitnah.’

Hamidi merujuk keterangan Chew yang menafikan bahawa beliau telah memberikan rasuah atau upah kepada Ahmad Zahid bagi pihak Datasonic Technologies Sdn Bhd dalam usaha mendapatkan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.

Berdasarkan pertuduhan ke-14 dan ke-15, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan berjumlah RM6 juta daripada Chew sebagai upah melantik Datasonic Technologies Sdn Bhd untuk melaksanakan projek cip pasport bagi tempoh lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polikarbonat pasport antarabangsa Malaysia daripada Jabatan Imigresen menerusi rundingan terus di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Pembelaan akan menyambung hujahnya esok.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok