Saya cuba bantu, kata Muhyiddin ketika tinjau peniaga Langkawi

September 17, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan tanggungjawab diamanahkan kepada beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) secara sukarela, dengan hari ini terus berada di Langkawi untuk meninjau sendiri pulau peranginan itu yang mula dibuka kepada pelancong semalam.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini melakukan beberapa kunjungan di sekitar Lembah Klang untuk meninjau sendiri keadaan peniaga setelah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 10 September lalu.

Hari ini, – hari kedua di Langkawi – beliau meninjau beberapa pusat perniagaan dan pelancongan selain bertemu orang ramai dan peniaga untuk mendengar sendiri keluhan mereka.

“Saya juga sempat meninjau beberapa kedai yang telah dibuka terumatanya di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti Pantai Cenang.

“Rata-rata peniaga amat optimistik dan amat berharap pembukaan gelembung pelancongan ini dapat mengembalikan keadaan perniagaan di Langkawi seperti sedia kala sebelum negara di landa pandemik Covid-19.

“Saya sedar ramai yang terjejas teruk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Rata-rata peniaga sudah kehabisan wang simpanan dan ramai pekerja dan pembantu kedai hilang pendapatan kerana perniagaan tidak beroperasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata menerusi pertemuan ringkas itu, ramai peniaga berasa lega apabila kerajaan memberi kebenaran berniaga, sekali gus mengembalikan kestabilan ekonomi mereka.

“Mereka bersyukur kerana dapat menjalankan semula perniagaan selepas lebih lima bulan tidak beroperasi,” katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama Muhyiddin menasihatkan peniaga akur dengan syarat dan peraturan ditetapkan termasuk mengamalkan penjarakan sosial di antara pelanggan dan peniaga.

“Saya doakan penduduk serta pengunjung ke pulau legenda ini dilindungi, manakala sektor perniagaan kembali rancak dan semua yang terlibat dalam rantaian ini akan mendapat manfaat bersama, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu pada sebelah pagi, Muhyiddin berkesempatan untuk bertemu dua penduduk dan menyampaikan sumbangan bakul prihatin di Mukim Padang Matsirat.

Mohd Fazeli bin Mohd Fodzi di Kampung Paya Kuala Triang Mukim Padang Matsirat, masih muda namun penglihatannya terbatas akibat sakit pada selaput mata, selain dari itu beliau menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kakinya sudah tidak dapat di selamatkan lagi. Fazeli masih bujang dan duduk di rumah bersama ibu bapanya, kata Muhyiddin.

“Saya juga menziarah Shukri bin Hasin yang sudah kehilangan perkerjaan apabila kehilangan kaki akibat penyakit kencing manis. Seperti Fazeli, Shukri juga sedang melalui antara dugaan hebat dalam kehidupan mereka.

“Shukri yang telah menjalani pembedahan memotong kaki kiri separas lutut akibat kencing manis. Sebelum ini beliau adalah seorang drebar Lori, sekarang Syukri tidak dapat berkerja, pendapatan terjejas, tapi itulah bapa, susah manapun tetap usaha untuk penuhi keperluan anak.

“Sesungguhnya kita tidak akan terlepas dari menghadapi dugaan dan ujian Allah SWT. Semoga setiap dugaan akan menjadikan kita seorang yang lebih tabah, sabar dan bersyukur kerana sesungguhnya ada rahmat dan nikmat di atas setiap yang berlaku hanya jika kita sentiasa beriman kepadaNya.

“Moga Allah permudahkan urusan saudara-saudara kita, insyAllah saya akan sentiasa cuba untuk membantu,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok