Kem Dr Mahathir tolak MoU, DAP merayu supaya tandatangan

September 17, 2021 · Politik

DAP merayu agar blok pembangkang kem Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan walaupun mereka bertegas menolaknya sebelum ini.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Warisan, Pejuang dan Muda yang berada dalam kem bekas Perdana Menteri itu mengikut jejak yang diambil Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju untuk melakukan gencatan politik demi masa depan rakyat Malaysia.

“Saya berharap Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MoU CSR (reformasi-perbekalan-kepercayaan) dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang juga berkata langkah tersebut diambil bagi menetapkan semula hala tuju negara ke arah pemulihan ekonomi negara.

“MoU CSR yang ditandatangani antara Ismail dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Warisan bertindak menolak MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang, mendakwa mereka tidak dilibatkan dalam rundingan yang disifatkan sepihak antara kerajaan dan gabungan PH.

“Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak (stolen) mandat itu. Ya, kita akui betul. Kami bersetuju. Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka,” kata Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang membidas PH di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Selain Warisan, Pejuang juga turut menolak MoU tersebut mengatakan PH hanya meminta pihak mereka bersetuju dengan keputusan rundingan sepihak antara kerajaan dan gabungan itu.

“Taklimat dan minta kami setuju dengan keputusan yang anda putuskan daripada beberapa rundingan dengan UMNO dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukannya perbincangan,” kata Ketua Penerangan Pejuang Ulya Husamuddin dalam ciapan Twitternya.

PH dan kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen pada 13 September lalu.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok